☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 19 Mac 2021

Yamaha Y16ZR Dengan VVA! Ditawarkan Pada Harga RM10,888

Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) melangkah ke tahun 2021 penuh bergaya dengan pelancaran model moped terbaru mereka iaitu Yamaha Y16ZR. Model baru ini dibina berasaskan DNA Yamaha yang merangkumi Prestasi, Gaya dan Inovasi.

Y16ZR dikuasakan oleh enjin serba baru iaitu 155cc, silinder tunggal, 4 lejang, SOHC, sistem penyejuk cecair dengan teknologi VVA (Variable Valve Actuation). Model yang menggunakan sistem suntikan bahan api ini mampu menawarkan kuasa maksimum 13.2kW (17.7hp) pada 9,500rpm manakala tork pula 14.4Nm pada 8,000rpm. Proses pecutan yang sempurna ternyata dibantu oleh sistem klac jenis Assist & Slipper.

Model ini turut dilengkapi dengan penggunaan kerangka jenis Backbone lebih ringan yang menjanjikan prestasi tunggangan mantap semasa memecut atau mengambil selekoh. Menurut pihak HLYM, Y16ZR mampu menawarkan jarak perjalanan maksimum 256 kilometer dengan isi tangki penuh 5.4 liter mengikut jenis gaya tunggangan.

Selain itu, Y16ZR tampak lebih agresif dengan penampilan rekabentuk serba baru. Lampu utamanya menggunakan lampu jenis LED dan DRL di fairing hadapan. Rekabentuk belakang tampil lebih bergaya, ramping dan runcing dengan rekaan lampu belakang LED yang diinspirasikan daripada Yamaha YZF-R1. Paparan meter digitalnya memaparkan segala info penting yang diperlukan setiap penunggang.

Antara ciri-ciri lain yang ada pada jentera ini ialah brek-brek jenis cakera, rekaan pelana anti-gelincir yang ergonomik, soket pengecas USB 12V DC, sistem kunci pintar, berat 119kg, fork teleskopik, penyerap hentak tunggal dan tinggi pelana 795mm.

Yamaha Y16ZR boleh dimiliki pada harga RM10,888 (tanpa insurans & pendaftaran) dalam tiga pilihan warna iaitu Phantom Grey, Arrow Blue dan Raging Yellow. Istimewa buat 5,000 pembeli pertama, pemilik jentera tersebut akan menerima rantai kunci yang ditempah khas di Royal Selangor. Model ini akan berada di semua pengedar sah jentera Yamaha bermula 31 Mac 2021. RR

Isu Pada

Mei 2021

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.