☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 28 Mac 2021

Harley-Davidson Lancar Model Baru 2021 Ke Pasaran Negara

Harley-Davidson Malaysia telah melancarkan  tiga model baharu ke pasaran negara iaitu H-D Low Rider S, H-D Softail Standard dan H-D Street Bob dengan menawarkan prestasi enjin mantap, teknologi moden, rekabentuk mewah dan harga yang cukup menarik.

Harley-Davidson Street Bob diasaskan daripada model cruiser Fat Boy 114. Ia menggabungkan kuasa enjin berprestasi tinggi dengan gaya asli motosikal cruiser Amerika. Model baru ini disempurnakan dengan enjin Milwaukee-Eight 114 1,868cc berkuasa 119ft-lb pada 3,000rpm dan merupakan model Softail paling ringan. Street Bob dijual pada harga RM101,900.

Harley-Davidson Street Bob -  Kredit foto: Harley-Davidson
Harley-Davidson Street Bob - Kredit foto: Harley-Davidson

H-D Low Rider S dan Softail Standard juga hadir ke pasaran dengan harga yang bermula dari RM89,900 (Softail Standard) dan RM106,900. Model Low Rider S dihasil menggunakan kerangka H-D Softail yang telah dipertingkatkan menerusi penukaran talaan di komponen sistem saspensi untuk prestasi lebih unggul di setiap perjalanan.  H-D Low Rider S didatangkan dengan enjin Milwaukee-Eight 114 1,868cc yang memiliki kuasa tork 155Nm pada 3,250rpm. Rupabentuknya yang agresif dan elegan dengan kemasan lampu-lampu LED, meter digital model serta rupabentuk penuh gaya mempertontonkan kemantapan jenama ini.

Harley-Davidson Low Rider S
Harley-Davidson Low Rider S
Harley-Davidson Softail Standard
Harley-Davidson Softail Standard
Harley-Davidson Softail Standard -  Kredit foto: Harley-Davidson
Harley-Davidson Softail Standard - Kredit foto: Harley-Davidson

Antara model-model lain yang telah dikemaskini untuk tahun 2021 ialah beberapa versi pengembaraan seperti H-D Road King Special, H-D Glide Special dan H-D Street Glide Special yang dijual pada harga bermula dari RM129,900.

Menurut pihak Harley-Davidson Malaysia, model adventure touring pertama dari H-D iaitu Pan America yang dilancarkan secara global pada bulan lalu dijangka akan memasuki pasaran negara pada Jun 2021. Pan America ditawarkan dalam dua varian iaitu Pan America 1250 dan Pan America 1250 Special yang boleh dimiliki pada harga dari RM99,900.

Pan America 1250 - Kredit foto: Harley-Davidson
Pan America 1250 - Kredit foto: Harley-Davidson

Harley-Davidson Malaysia juga bakal menganjurkan Rumah Terbuka 2021 bermula 27-28hb Mac 2021 yang memberi peluang kepada para pencinta motosikal khususnya H-D untuk melihat dengan lebih dekat model-model yang ditawarkan. Dapatkan info lebih lanjut di http://h-d.com/dealerlocator. RR

Isu Pada

Mei 2021

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.