☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 Mac 2019

CMC Terus Berdaya Saing Dengan Tiga Model Terkini

Chear Global Sdn Bhd selaku pengedar rasmi jenama CMC Motorcycle dengan bangganya melancarkan tiga model terkini iaitu CMC Daytona 250, CMC Daytona Café Racer dan Italjet Valentine 125 pada pertengahan Februari lalu. Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan Mofaz Motosikal Sdn Bhd, Dato’ Nik Izani bin Nik Ibrahim sambil ditemani oleh Pengarah Urusan Chear Motor Resources Group, Dato’ Chear Kin Keong.

“Chear Global dan Mofaz akan sentiasa memperkenalkan model-model baru dengan adanya teknologi yang canggih dan berdaya saing. Ini amat sesuai dengan gaya hidup penunggang motosikal di Malaysia yang mengambil berat dengan perkembangan infrastruktur negara ini. Chear Global juga memperkenalkan konsep jualan terkini dengan mempromosi dan menjual secara ‘online’ menerusi laman Facebook, Instagram dan laman sesawang kami. Ini akan memberi nilai yang tinggi buat para pelanggan kami,” kata Dato’ Nik Izani.

CMC Daytona didatangkan dengan enjin silinder kembar, 249cc, sistem transmisi lima kelajuan, brek hadapan dan belakang jenis cakera dengan tayar-tayar bersaiz 90/90-21 (depan) dan 160/80-16 di bahagian belakang. Model berkonsep 'chopper' ini menawarkan tunggangan 'fun to ride' yang memiliki rekabentuk cukup menawan dengan kemasan krom yang berkualiti tinggi. Posisi menunggang yang selesa dan bunyi enjinnya yang mantap pastinya memberi kepuasan buat para pemiliknya. CMC Daytona ditawarkan pada harga RM17,506.

Segmen Cafe Racer ternyata semakin mendapat permintaan tinggi di kalangan para pencinta motosikal dan untuk memberikan pilihan terkini, CMC Daytona 250 Cafe Racer diperkenalkan dengan pelbagai ciri-ciri menarik dan rupabentuk yang mantap. Lampu utamanya berbentuk bulat dipadankan dengan panel meter juga berbentuk bulat. Pelana dan posisi menunggangnya yang selesa menjanjikan setiap masa bersama jentera ini amat menyeronokkan. Model Cafe Racer ini boleh dimiliki pada harga RM15,144. Menurut pihak CMC, para pelanggan turut boleh menempah jentera ini mengikut warna pilihan mereka dengan harga penambahan yang cukup berpatutan.

Inginkan sebuah jentera yang elegan, lincah dan bergaya? CMC Italjet Valentine 125 adalah jawapannya. Model yang cukup menarik ini disempurnakan dengan enjin 125cc yang menawarkan hantaran kuasa maksimum setinggi 6.6kW pada 8,000rpm dan tork maksimum 8.6Nm pada 6,000rpm. CMC Italjet Valentine 125 dikawal oleh sistem saspensi hadapan jenis fork teleskopik dan penyerap hentak mono di bahagian belakang.

Lampu-lampu LED yang dipadankan pada model ini memang menarik minat ramai dan ia juga dilengkapkan dengan panel meter analog dan digital. Terdapat dua warna pilihan untuk model ini iaitu Matt Black dan Matt Grey yang dijual pada harga RM8,817.

Setiap model baru ini didatangkan dengan jaminan waranti kilang selama setahun atau 10,000km perjalanan (yang mana terdahulu). RR

Isu Pada

Mac 2019

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.