☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 4 Mei 2021

Suzuki GSX-S1000 2021 Mantap & Radikal

Suzuki Motorcyle telah memperkenalkan sebuah jentera jalanan/naked iaitu GSX-S1000 serba baru yang menawarkan rekabentuk yang cukup radikal dan tegap. Model ini telah disempurnakan dengan enjin bersesaran 999cc, empat lejang, empat silinder sebaris yang dicipta berasaskan DNA jentera superbike GSX-R1000 dan turut memiliki teknologi moden dari dunia perlumbaan MotoGP.

Rekabentuknya memang padu! Lihat sahaja lampu utamanya jenis LED yang berbentuk heksagon, dimantapkan lagi dengan tangki yang besar dan nampak gagah. Selain itu, GSX-S1000 ini turut dipadatkan dengan istem elektronik terkini seperti Suzuki Intelligent Ride System (S.I.R.S), Suzuki Drive Mode Selector (tiga mod tunggangan), Suzuki Traction Control System, Electronic Throttle System, Low RPM Assist, Easy Start System, Suzuki Clutch Assist System (SCAS) dan Suzuki Easy Start System.

Mod A (Active): memberikan tindak balas enjin yang pantas, tepat dan mantap. Mod ini sesuai digunakan ketika track day atau menikmati laluan-laluan berliku. Mod B (Basic) pula menawarkan kadar hantaran kuasa yang lembut dan linear manakala Mod C (Comfort) adalah pilihan ketika berada di laluan yang basah dan licin.

Menerusi panel meter LCD yang dipadankan, pemilik/penunggang dapat melihat dengan jelas jarak perjalanan, trip, posisi gear, putara penggunaan bahan api, mod tunggangan, kepelbagaian sistem elektronik, tahap kelajuan, tahap bahan api, sistem ABS, suhu penyejuk dan banyak lagi.

Bar hendal baru ini tawarkan cengkaman yang lebih baik dengan sudut kawalan yang perbaiki untuk tunggangan lebih mudah. Bar ini lebih sesuai dengan pelana baru yang direka untuk tunggangan sport dan santai.Dikhabarkan model ini akan berada di pasaran negara tahun ini. Kita berharap agar jenama Suzuki akan lebih popular khususnya di Malaysia nanti kerana produk-produknya terbukti cukup mantap RR

Isu Pada

Jun 2021

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.