☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 21 Mei 2021

MV Agusta Rush 2021 - Dicipta Berasaskan Jet Pejuang!

Global - MV Agusta membawa jentera nakednya di tahap yang lebih tinggi dengan model Rush Edisi Terhad baru. Hanya 300 unit sahaja dibuat dengan menawarkan satu rekaan yang sangat unik, eksklusif dan elegan.

Untuk tahun 2021, Rush telah dikemaskini yang menjadikannya lebih sporty dan pada masa yang sama lebih selamat untuk ditunggang. Jentera yang cukup mantap ini turut dilengkapi dengan kit yang juga eksklusif demi peningkatan prestasi dan estetika.

Rush 2021 dicipta berinspirasikan pejuang tentera yang melambangkan kekuatan, kemampuan pengendalian dan prestasi yang mantap. Ini dapat kita lihat menerusi skema warna ketenteraan sepertimana yang sering digunakan pada jet tempur.

MV Agusta Rush disempurnakan dengan enjin 998cc, 4 silinder, 16 injap, DOHC, Euro 5 yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 208hp pada 13,000rpm dan tork 116.5Nm pada 11,000rpm. Model ini juga diperkemaskan dengan pelbagai sistem elektronik seperti FLC Wheelie Control, sistem GPS & Bluetooth, Launch Control, Cruise Control, EAS 3.0 Electronic Gear Sensor dan MV Ride App.

Untuk keselamatan tertinggi dalam perjalanan, model baru ini juga dilengkapi dengan lampu-lampu LED, panel meter TFT 5.5”, sistem saspensi elektronik Öhlins EC & brek-brek Brembo Stylema. Dengan menggunakan lapisan Diamond Like Carbon, tahap geseran dan kualiti tunggangan dapat ditingkatkan. RR

Isu Pada

Julai 2021

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.