☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 25 Jun 2021

Honda Europe Perkenal Super Cub 125 2022

Global - Model lagenda ini ternyata telah menarik minat ramai penunggang motosikal untuk menjadikannya jentera tunggangan di hujung-hujung minggu atau barang koleksi yang cukup berharga. Selepas diperkenalkan ke pasaran Eropah pada tahun 2018 lalu, Super Cub 125 serba baru merupakan antara model paling popular dan kini mematuhi piawaian Euro 5.

Honda telah mempertingkatkan prestasi jentera ini menerusi enjin yang lebih berkuasa dan efisien. Dinyatakan model ini menawarkan perjanalan sejauh 100 kilometer untuk 1.5 liter petrol.

Super Cub baru dilengkapkan dengan enjin 124cc, sejukan udara, SOHC Euro 5 yang menghasilkan kuasa maksimum 7.2kW (penambahan 0.1kW) pada 7,500rpm dan tork 10.4Nm pada 6,250rpm. Kotak udaranya direka semula untuk dipadankan dengan enjin serba baru.

Penampilan luaran dihasil berdasarkan elemen 'Mitologi' Super Cub. Walaupun nampak sama, ECU model ini diprogram baru untuk mempertingkatkan prestasi serta kecekapan kuasa hantaran.

Kadar penyerapan diperbaiki menerusi penggunaan spring baru di bahagian fork depan dan penyerap hentak belakang. Honda Super Cub ini disempurnakan dengan lampu-lampu LED, penggunakan kunci pintar (dengan fungsi 'jawab semula') dan kini hadir dengan pelana pembonceng yang cukup selesa.

Dengannya ada kunci pintar berserta fungsi 'Jawab Semula', dan lampu amaran auto-kelip, penunggang pastinya dapat mencari kedudukan motosikal ini khususnya di dalam kawasan parkir yang penuh.

Honda Super Cub berketinggian 780mm – amat mudah untuk ditunggang oleh sesiapa sahaja. Tayar-tayar bersaiz 70/90 17 M/C 38P (depan) dan 80/90 17M/C 50P di belakang. Model ini juga didatangkan dengan sistem ABS di bahagian hadapan.

Rekaannya yang cantik, simple tetapi menawan menjadikan Super Cub 125 ini diminati dan boleh ditunggang oleh semua penunggang motosikal. Pelana model baru ini juga empuk untuk keselesaan sewaktu menunggang termasuklah warga Eropah yang kebanyakannya bersaiz besar. RR

Isu Pada

Ogos 2021

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.