☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 17 Julai 2021

Yamaha Motor Perkenal YZ125 & YZ250 2022

Yamaha Motor dengan bangganya memperkenalkan model YZ125 serba baru dan YZ250 yang telah diberi banyak penambahan terkini. Model YZ125 menawarkan enjin yang lebih berkuasa, tahap pecutan mengagumkan dan pengendalian yang mudah.

Untuk model YZ125, Yamaha telah mereka semula bahagian kepala silinder, silinder dan omboh untuk peningkatan prestasi dan kemantapan kuasa hantaran. Kebuk pembakaran dan sistem ekzosnya juga direka semula agar tahap pembakaran lebih efisien. Sistem YPVS atau Yamaha Power Valve System juga baru manakala tahap pembukaan injap ekzos juga dikemaskini agar prestasi enjin lebih mantap.

Enjin baru ini juga dilengkapkan dengan karburetor Keihin PWK 38.1mm beserta solenoid yang dikawal oleh power jet untuk penyaluran kuasa lebih tepat setiap kali ia diperlukan. Karburetor baru ini mempunyai Throttle Position Sensor (TPS) dan Kawalan Pemetaan 3D yang mengawal CDI untuk nyalaan yang lebih tepat.

YZ125 ini didatangkan dengan kerangka aluminum semi-cradle yang ringan dan berspesifikasi tinggi. Kerangka bahagian belakang boleh ditanggal, kini dengan titik pemasangan baru yang lebih baik. Yamaha juga telah mereka semula cakera dengan saiz 270mm.

Tangki petrol model 2022 ini juga lebih ramping manakala pelananya juga direka lebih mendapat agar penunggang dapat menukar posisi dengan lebih pantas dan mudah. Yamaha turut memperkenalkan edisi Monster Energy Yamaha Racing yang cukup bergaya.

YZ250

Untuk model 2022, model ini didatangkan dengan tubuh badan ‘super slim’ yang menawarkan prestasi lebih dinamik ketika di litar. Tangki dan pelindung radiator baru memberikan dimensi yang lebih kecil di posisi tengah lutut dengan tujuan memudahkan proses miringan dan mengagihan beban sewaktu mengambil selekoh.

Rekabentuknya yang kompak menjadikan model ini lebih lincah, tangkas dan mudah dikawal. Brek cakera 270mm (depan) direka baru dengan saiz diameter yang sama seperti model sebelum ini tetapi dengan saiz omboh yang lebih besar. Penunggang hanya perlu menggunakan satu jari sahaja untuk memperlahankan kelajuan dengan pantas. Brek belakang juga ditambahbaik dengan saiz 240mm (5mm lebih kecil berbanding model lama) tetapi memiliki kawasan pad cengkaman yang sama.

Rekaan baru untuk bar hendal, tuas klac/brek yang pendek dan ringan serta sproket belakang baru telah berjaya mengurangkan berat keseluruhan jentera ini – amat penting untuk tujuan pecutan.

Model 2022 disempurnakan dengan dua varian iaitu Icon Blue dengan dua tona warna dan rekacorak Monster Energy Yamaha Racing yang direka berasaskan pasukan Monster Energy Yamaha Factory MXGP dan MX3.

Antara model-model MX Yamaha lain yang turut menerima pelbagai pembaharuan ialah YZ85, YZ450F, YZ250F, YZ65, TT-R125, TT-R110 dan TT-R50. RR

Isu Pada

Ogos 2021

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).