☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 11 Ogos 2021

Ducati Malaysia Lancar Scrambler Nightshift – RM65,900

Ducati Malaysia secara rasmi telah memperkenalkan sebuah model terbaru iaitu Ducati Scrambler Nightshift. Model ini memiliki rekabentuk yang cukup menarik sekali. Ianya direka bagi memenuhi keperluan mereka yang mahukan sebuah jentera untuk bergaya di setiap masa.

Pelananya cukup selesa buat penunggang dan penumpang dengan rekaan yang rata ala-ala jentera café racer. Nightshift ternyata tampak lebih mantap dengan penggunaan tayar-tayar jenis Pirelli MT60.

Bar hendalnya yang lebar diinspirasikan dari model Scrambler 1100 Sport Pro. Manakala cermin sisi pula tampil dengan gaya ala café racer. Selain itu, tempat nombor pendaftaran di bahagian sisi jentera serta penggunaan lampu-lampu LED menyerlahkan lagi rupabentuk keseluruhan jentera tersebut.

Scrambler ini adalah pilihan yang ideal buat para penunggang yang inginkan sebuah jentera cukup bertenaga. Ia disempurnakan dengan enjin L-Twin Desmodromic 803cc, dua injap dengan sistem penyejuk udara menawarkan kuasa maksimum 73hp pada 8,250rpm dan tork 66.2Nm pada 5,750rpm. Jentera bertransmisi 6 kelajuan ini juga turut disempurnakan dengan sistem suntikan bahan api elektronik.

Nightshift boleh dimiliki pada harga RM65,900 (tanpa cukai jalan & insuran) yang tampil dengan warna gelap iaitu Aviator Grey. RR

Isu Pada

September 2021

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.