☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 7 September 2021

Honda CBR150R Secara Rasmi Dilancarkan – RM12,499

Boon Siew Honda (BSH) secara rasminya memperkenalkan sebuah model terbaru mereka iaitu Honda CBR150R. Dibina dengan konsep CBR “Total Control”, model ini menawarkan rekabentuk seakan jentera berkuasa tinggi, agresif, trend terkini dan pelbagai ciri berteknologi tinggi.

CBR150R dijana dengan enjin bersesaran 149.2cc, silinder tunggal, DOHC dengan sistem penyejuk cecair. Jentera bertransmisi 6 kelajuan ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 12.0kW pada 9,000rpm dan tork 13.7Nm pada 7,000rpm. Model ini juga turut disempurnakan dengan sistem klac jenis Assist & Slipper.

Di bahagian hadapan diperkemaskan dengan sepasang lampu utama jenis LED penuh dan dwi-lampu LED dengan bentuk agresif yang diinspirasikan daripada model CBR250RR. Untuk keselamatan, jentera sportbike ini disempurnakan dengan penggunaan brek jenis cakera di bahagian hadapan dan belakang.

CBR150R turut tampil dengan ciri-ciri keselamatan tambahan seperti sistem ABS dwi-saluran dan sistem Emergency Stop Signal (ESS). ESS akan aktif secara automatik apabila membrek dengan mengejut untuk memberi amaran kepada pengguna jalan raya di belakang agar dapat mengelakkan kemalangan berlaku.

Pengendalian yang lincah serta memberikan kestabilan ketika menunggang dalam kelajuan tinggi juga disumbangkan oleh saspensi hadapan jenis terbalik dan lengan ayun dengan Monoshock Pro-Link. Selain itu, posisi tunggangan yang sporty serta fairing hadapan penuh menyerlahkan lagi gaya perlumbaan.

Antara ciri-ciri lain yang terdapat pada CBR150R adalah paparan meter digital, tangki bahan api 12 liter, lampu belakang LED, kerangka jenis Diamond dan sistem suntikan bahan api PGM-Fi.

Honda CBR150R didatangkan dalam dua pilihan warna iaitu Mat Charcoal Gray Metallic dan Candy Scintillate Red. Model ini boleh dimiliki pada harga RM12,499 (tanpa cukai jalan, insurans & pendaftaran). Pemilik jentera ini akan menerima waranti selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu).

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Honda CBR150R, boleh mengunjungi pengedar Honda atau menghubungi talian Bebas Honda di 1-800-88-3993 ataupun layari http://www.boonsiewhonda.com.my. RR

Isu Pada

Oktober 2021

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.