Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 Mac 2019

Pelancaran ITALJET DRAGSTER 2019

Bertempat di pameran motosikal antarabangsa, EICMA, Milan tahun lalu, kebangkitan atau kelahiran semula siri jentera skuter yang dahulunya cukup terkenal dengan bentuknya yang mantap dan unik iaitu Italjet Dragster. Sejak ia diperkenalkan pada tahun 1995 hingga 2003, sebanyak 70,000 unit jentera berkerangka trellis ini telah berjaya dipasarkan dan ketika itu, ia benar-benar diterima sebagai sebuah hasil kerja yang cukup inovatif.

Selepas 2003, syarikat yang beroperasi di Bologna terpaksa dibubarkan seperti mana yang menimpa  Malaguti, Garelli, MFM dan banyak lagi. Penciptanya, Leopoldo Tartarini telah meninggal dunia pada tahun 2015, pastinya akan 'gembira’ apabila jentera yang cukup ikonik kini telah 'dihidupkan' kembali dan bersedia memeriahkan lagi pasaran – ucapan terima kasih wajar diberikan untuk anaknya, Massimo yang bertanggungjawab untuk menaikkan semula nama Italjet.

Model asal Dragster menggunakan enjin dua lejang 50cc hingga 180cc tetapi versi serba baru yang akan mula memasuki produksi adalah bersesaran 125cc atau 200cc yang berspesifikasi DOHC, empat lejang, sistem penyejuk cecair, enjin Aprilia/Rotax yang menepati piawaian Euro4. Model baru ini menggunakan sistem tali sawat dan transmisi CVT seperti yang dilengkapkan pada jenama lain contohnya jentera berinspirasi retro, Scomadi.

Untuk menambat hati para pencinta skuter di seluruh dunia, model 125cc menawarkan hantaran kuasa maksimum setinggi 14.9bhp pada 10,000rpm dan tork 12.5Nm pada 7,750rpm dengan keberatan jentera ini hanya 108kg. Bagi model 200cc pula, ia memiliki kuasa maksimum lebih mantap iaitu 19.8bhp pada 8,250rpm dan tork 17Nm pada 6,250rpm dengan berat 112kg. Memang lebih garang!

Italjet Dragster merupakan satu-satunya skuter di dunia yang menggunakan rekaan casis modular yang lengkap dengan kerangka keluli chromemoly digabungkan dengan plat aluminium diecast. Model baru ini masih mengekalkan penggunaan lengan ayun tunggal di bahagian hadapan yang digerakkan oleh stereng hub-tengah seperti modelmodel sebelum ini cuma bahan yang digunakan kini jauh lebih baik. Berbanding penggunaan besi pada model lama, lengan ayun Dragster baru ini dibuat menggunakan aluminium.

Tapak roda untuk model baru ini bersaiz 1,335mm (model lama: 1,310mm) dan ini direka untuk dapatkan kestabilan lebih baik sewaktu menunggang. Format hub-tengah ini mengasingkan bahagian stereng/pengendali dengan sistem saspensi dan ciptaan ini terbukti dapat menambahbaik kawalan terutamanya ketika membrek. Menerusi format ini juga, kadar gegaran dapat dikurangkan ke tahap yang minimum.

Bar hendal yang sporty juga unik dan menarik. Ia juga dihasil menggunakan aluminium dan dikemaskan dengan getah pemegang jenis Domino. Sama seperti sebelum ini, kedua-dua sistem saspensi depan dan belakang dikemaskan dengan rekabentuk penyerap hentak tunggal yang disempurnakan dengan spring dan prabeban boleh laras.

Kelincahan skuter ini datangnya dari tayar-tayar sport Pirelli Diablo Rosso bersaiz 120-70 (depan) yang dipadankan dengan tayar Pirelli Diablo Rosso bersaiz 15070 (belakang). Untuk mendapatkan kejituan ketika membrek,

Dragster baru ini didatangkan dengan sistem brek-combi menggunakan brek cakera hadapan bersaiz 175mm dan belakang 240mm jenis Brembo. Model 200cc punya dikemaskan dengan sistem ABS yang amat perlu untuk piawaian Euro4 (model 125cc tidak begitu ditekankan untuk regulasi EU).

Tangki bahan api agak besar iaitu 9 liter telah diletakkan di bawah lantai pemijak dan dengan menurunkan pusat graviti, berat yang ideal dapat diagihkan dengan lebih baik. Apapun, rekabentuk keseluruhan jentera ini yang radikal dan penampilan yang unik adalah kekuatan yang diberi tumpuan. Model baru ini juga dikemaskan dengan teknologi moden agar dapat bersaing dengan jenama lain di seluruh dunia.

“Kita kini berada di dalam sebuah masyarakat yang menawarkan rekaan dan ciptaan yang kelihatan hampir sama dan oleh itu, Italjet Dragster adalah satu keunikan dengan menggabungkan rekabentuk Itali, teknologi moden dan penampilan sporty. Saya 'mempunyai' Dragster di dalam darah saya dan sudah pasti amat mudah untuk menghasilkan sebuah produk lama yang dipasang dengan enjin baru (Euro4) tetapi saya tahu, ia lebih daripada itu,” kata Bos Italjet, Massimo Tartirini.

“Kami telah membuat perubahan secara menyeluruh dan dicipta dengan penuh keghairahan. Jujurnya saya kini berasa sangat bangga dengan apa yang dilihat pada Dragster baru ini kerana sebelum model ini tercipta, kami telah melakukan pelbagai usaha untuk menghidupkannya kembali tetapi gagal,” tambah beliau.

Kini Dragster merupakan bintang yang sedang bersinar dan bakal menjadi mercu tanda yang gilang gemilang dalam pasaran skuter. Teknologi yang dipadatkan pada model ini juga telah lengkap. Bingkai serba baru, enjin baru dan lengan ayun SIS Independent Steering System itu pastinya akan mendapat maklum balas hebat dari para pengguna motosikal di seluruh dunia.

“Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat ayahanda saya Leopoldo yang mengasaskan jenama ini 25 tahun yang lalu dan kini kita semua dapat nikmati segala inovasi dan keunikannya – Thanks Papa!”

Harganya? Italjet Dragster boleh didapati pada bulan Jun 2019 dalam dua warna pilihan iaitu kelabu/merah/putih, kelabu/kuning dan dijual pada harga €4,500 and €4,800 termasuk 22% cukai untuk kedua-dua model 125cc dan 200cc.

Jenama ini terkenal sebagai pengeluar jentera dua roda yang memiliki sentuhan cukup luar biasa dan penuh gaya sejak diperkenalkan oleh Leopoldo Tartarini pada tahun 1959. Beliau juga merupakan bekas pelumba Ducati Factory yang memenangi Milano-Taranto pada tahun 1953 dan menyempurnakan pengembaraan dunia pada tahun 1957-58 (mengunjungi lima buah benua, 42 negara dalam 13 bulan) ditemani oleh Giorgio Monetti masing-masing menunggang Ducati 175.

Ketika masih cemerlang dalam perniagaan, Italjet telah menghasilkan sebanyak 150 buah model dengan rekabentuk berbeza dan kebanyakannya telah direka sendiri oleh Leopoldo semasa menjalankan perniagaan ini. Dia juga pernah bersama Ducati dan antara nama yang telah berjaya mengejutkan dunia motosikal dengan pengeluaran jentera kerangka hijau Replika 750SS Paul Smart's 1972 yang memenangi perlumbaan 200 Imola. Sememangnya model tersebut adalah satu daripada beberapa model v-kembar desmo yang amat meninggalkan kesan hebat di hati para pencinta motosikal termasuklah model Darmah dan 750 Sport.

Melihat kepada sejarah, Italjet telah 'mewakili' kecemerlangan para pencinta motosikal Itali dan ini dibuktikan menerusi kejayaannya menembus pasaran di 48 buah negara di seluruh dunia.

Pengiktirafan kepada inovasi yang dibawa oleh jenama ini datang pada bulan Februari 1980 apabila sektor rekabentuk di Museum of Modern Art (MoMA) yang berprestij di New York membuat keputusan untuk mempamerkan skuter lipat Italjet Pack 2 di ruang pameran kekal mereka dan ia satu-satunya jentera dua roda yang berada di muzium tersebut.

Pada tahun 1998 pula, Muzium Guggenheim juga di New York menganjurkan pameran The Art of the Motorcycle dan model Italjet Formula 50 dan Dragster dipilih untuk dipamerkan. Model Italjet Velocifero, sebuah jentera klasik era 60an pula telah memenangi anugerah The Best Product of 2000 oleh majalah Business Week dari Amerika.

Terdapat banyak pengeluar motosikal yang menawarkan rekabentuk dan ciptaan yang inovatif tetapi semuanya hanya tinggal sebagai jentera konsep – tidak berjaya dikeluarkan sebagai model pasaran. Italjet ternyata berbeza kerana keluarga Tartarini (ayah dan anak) mempunyai keberanian dan kecintaan untuk melahirkan sebuah produk di luar kotak dan ini amat sesuai dengan slogan mereka iaitu “Always Dare.” Ia juga adalah strategi kejayaan buat Italjet selama ini. Ada sebuah pengedar skuter terkenal di Belanda yang menggambarkan Italjet Dragster sebagai 'Lamborghini' dunia skuter dan sememangnya amat sukar untuk membidas hujah itu kerana ia memang cukup luar biasa. RR

Laporan: Alan Cathcart
Kredit foto: Italjet & AC Archive

Isu Pada

Mac 2019

Popular

  • Warta Roda

    Pelajar Sekolah Maut Selepas Motosikal Dinaiki Rempuh Lori

  • Model Baru

    Hanway Heritage, Jentera Gaya Bobber Dilancarkan!

  • Model Baru

    ARIIC 318GT Secara Rasmi Dilancarkan – RM 22,888

  • Dari Litar

    Fabio Quartararo Kembali Julang Yamaha di Podium. Alex Marquez Raih Kemenangan Pertama

  • Warta Roda

    Kemalangan di Lebuhraya Karak. Penunggang Motosikal Dikesan Polis

Artikel berkaitan

Hanway Heritage, Jentera Gaya Bobber Dilancarkan!

ARIIC 318GT Secara Rasmi Dilancarkan – RM 22,888

Mforce Bike Holdings akan lancarkan skuter unik, SYM CLBCU. Harga rasmi belum dinyatakan....

SYM Naga 150 Bakal Diperkenalkan di Malaysia

BMW Motorrad Malaysia Memperkenalkan BMW S 1000 RR dan F 900 GS Adventure Baru. Harga bermula dari RM95,500

Pencabar Baru Segmen Cruiser, BENDA LFC700 PRO - RM48,888

Suzuki SV650 Final Edition - RM29,900

Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kemalangan Empat Buah Kenderaan, Pelajar Maut

Seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun maut selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Masjid Negeri, di sini pada petang Khamis.

Pandu Uji

Ride Santai Bersama Yamaha PG-1: Aku dan Kebebasan

Makin tinggi...makin sejuk...bestnya! Apa yang penting, kedinginan udara nyaman yang 'menghentam' badan itu menambah keseronokan. Tak kisahlah naik superbike ke...naik skuter ke...atau naik PG-1, bagi pencinta motosikal, inilah erti kebebasan.

Warta Produk

LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

LS2, jenama topi keledar yang berkualiti dan terkenal di peringkat global, melancarkan tiga model topi keledar terbaru untuk tahun 2025 iaitu Verso II OF618, Dragon FF807 dan Advant II FF910.

Dari Litar

Kejuaraan Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2025 Dilancarkan

Saingan PETRONAS Cub Prix 2025 telah pun dilancarkan di LYL International Karting Circuit semalam.