☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 6 Disember 2021

Voge Motorcycles Perkenal Model Retro Moden 350 AC Trofeo & 500 AC Trofeo

Voge Motorcycles dicipta oleh Loncin Industries Ltd, dengan matlamat untuk menguasai segmen motosikal mewah berkapasiti sederhana yang merangkumi Motosikal Jalanan, Klasik dan Pengembaraan.

Jenama ini menawarkan enjin dengan satu atau dua silinder di antara 300cc dan 500cc. Namun begitu, Voge Motorcycle akan diperkaya dengan model-model kapasiti lebih besar dari masa ke semasa.

Ketika di Pameran Motosikal Antarabangsa EICMA bulan lalu, Voge hadir dengan beberapa model baru yang telah membuktikan kesungguhan mereka untuk menarik perhatian lebih ramai peminat.

Antara model yang menjadi tumpuan ialah 350 AC Trofeo, sebuah roadster yang bersesaran 321cc, 8 injap kembar parallel dengan sistem suntikan bahan api Bosch.

Voge 350 AC Trofeo
Voge 350 AC Trofeo

Model ini menggabungkan gaya retro dengan perincian estetik dan teknologi, selaras dengan keperluan penunggang muda. Bahagian depan dikemaskan dengan lampu hadapan LED berbentuk V yang terang dan unik.

350 AC Trofeo juga dilengkapkan dengan penyerap hentak boleh laras. Blok silinder lebih mantap dengan omboh bertempa yang bertujuan untuk menambahbaik kekuatan dan daya tahan enjinnya.

Model 500 AC Trofeo pula menawarkan ciri-ciri gaya vintaj yang dapat kita lihat dengan jelas dari depan sampailah ke belakang. Ini termasuk lampu utama LED, lampu isyarat, sistem ekzos, tangki, pelana berjatih dan warna satin yang cukup anggun. Bahagian belakang dikemaskan dengan tempat letak nombor pendaftaran belakang yang lengkap dengan lampu isyarat.

Voge 500 AC Trofeo ini dilengkapkan dengan enjin 8 injap, silinder berkembar parallel berkuasa 46.2hp pada 8,500rpm yang memastikan perjalanan lebih mantap dan menyeronokkan. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.