Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 23 Februari 2022

Triumph Speed Triple RR Diperkenalkan Dengan Spesifikasi Mantap.

Ok...baru-baru ini RR telah pun kongsikan harga dan spesifikasi untuk model Triumph Tiger 660. Kali ini jom kita lihat model serba baru yang berikutnya iaitu Speed Triple RR.

Jentera baru ini dianggunkan dengan rekaan fairing gaya 'cafe racer' yang disempurnakan dengan lampu hadapan bulat sebagai tanda signature model RR. Bahagian tangki, fairing sisi dan madgad jentera ini dikemaskan dengan panel gentian carbon premium yang cukup eksklusif.

Triumph Speed Triple turut didatangkan dengan panel meter TFT yang cukup jelas, disusun dengan menarik dan lengkap dengan sistem My Triumph Connectivity. Dengan tumpuan rekaan gaya sport serta posisi menunggangnya yang mantap, Speed Triple RR ini sememangnya antara jentera terbaik untuk berada di jalan raya sambil kelihatan bergaya serta berprestasi tinggi.

Enjinnya bersesaran 1,200cc yang mampu menjanakan kuasa setinggi 180PS pada 10,750rpm dan tork 125Nm pada 9,000 rpm. Sistem transmisi 6 kelajuannya disempurnakan dengan Triumph Shift Assist Quickshifter.

Jentera berketinggian 830mm ini dimantapkan lagi dengan sistem saspensi elektronik Öhlins Smart EC 2.0, kerangka yang ringan, brek cakera 320mm Brembo Stylema di depan dan brek cakera Brembo bersaiz 220mm di bahagian belakang.

The Speed Triple RR ini boleh dipilih dalam warna Red Hopper/Storm Grey atau Crystal White/Storm Grey dengan kemasan berwarna emas. Harga asas tidak termasuk yuran pendaftaran ialah RM119,900. RR

Isu Pada

April 2022

Popular

  • Warta Roda

    WMOTO Griffin 205 Sudah Berada di Pusat Pengedar Mforce Smartshop

  • Warta Roda

    Art of Speed 2026: 15 Tahun Menyatukan Jiwa Kustom

  • Warta Roda

    Honda ADV160 Edisi Terhad Versi Spider-Man Dilancarkan - Bermula RM14,149

  • Berita Kelab

    Kembara Road Rider Crew Taiping 3.0 Sempena Ulang Tahun Kelab ke-4

  • Dari Litar

    Hakim Danish Kutip Mata Berharga Walaupun Berdepan Cabaran di Sachsenring

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027: Lebih Agresif....Kawalan Lebih Cekap

Model Viral, ZXMOTO 820RR Bakal Dilancarkan Di Malaysia. Harga bawah RM40,000

Harga Rasmi BMW F 450 GS Trophy Diumumkan - Bermula RM39,900

Suzuki Malaysia Pertonton SV-7GX di KLIMS

Morbidelli Perkenalkan SC200SR, ViZY 125 & C252V - Bermula RM4,988

SYM HUSKY 200 Curi Tumpuan di MBS 2026 - RM10,998

BRIXTON Sedia Mencabar Dengan 2 Model Baru - 625V dan Moucca 250

VOGE Perkenalkan Dua Model Kembara Baru: DS625X dan DS800X Rally

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

MODENAS & GIATMARA Bekerjasama Dengan Melancarkan Pusat Servis Motosikal Elektrik

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS) dan GIATMARA Malaysia jalinkan kerjasama dengan melancarkan MODENAS Service Plus di GIATMARA Prima Melor, Kelantan.

Warta Roda

Advenduro-X Meriahkan Moto Test Fest 2026

Advenduro-X merupakan perlumbaan sukan permotoran lasak yang mendapat pengiktirafan daripada Motorsports Association of Malaysia (MAM).

Dari Litar

Hakim Danish Mahu Kekalkan Momentum di GP Jerman

Hakim Danish Ramli mahu meneruskan rentak cemerlang dalam saingan Moto3 apabila mengharungi cabaran Pusingan 11 GP Jerman.

Warta Roda

CFMOTO Flagship Store Kuala Selangor Dirasmikan

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. terus memperkukuhkan rangkaian pengedarnya menerusi perasmian CFMOTO Flagship Store Kuala Selangor.