Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 17 Mac 2022

Yamaha NEO, Skuter Elektrik Terbaru di Eropah

Untuk sekian lamanya, Yamaha merupakan antara pengeluar motosikal yang cukup berjaya dalam pengeluaran serta penjualan jentera skuter 50cc di Eropah. Antara model popular di Eropah ialah BW, Aerox dan NEO yang hadir dalam dua dan empat lejang. Untuk seiring dengan peredaran zaman, Yamaha turut memperkenalkan model-model skuter elektrik yang semakin mendapat tempat di pasaran.

Pada tahun 2022 ini, model NEO generasi baru telah diperkenalkan dengan kuasa enjin yang hampir sama dengan unit skuter bersesaran 50cc. Model ini menawarkan enjin bersih emisi-sifar yang bersedia untuk memberi 'nafas' baru pada sistem pengangkutan bandar di Eropah.

Model baru ini didatangkan dengan rekabentuk yang lebih segar, karaktor tunggangan mudah, selesa dan moden. Pakej lampu-lampu LED 'bermata kembar' menjadikannya tampak moden dan unik.

Acuan getah yang digunakan pada bahagian luar skuter ini memberikan penampilan yang bergaya buat NEO dan pada masa yang sama, ia juga membantu melindungi daripada hentakan dan calar kecil serta menutup pelbagai pengikat agar lebih kemas. Pelananya hanya setinggi 795mm yang membolehkan penunggang wanita mengawal jentera ini dengan mudah.

NEO baru digerakkan oleh Unit Kuasa Bersepadu Yamaha (YIPU) generasi terbaru yang dibangunkan dengan bijak menerusi pengalaman Yamaha menghasilkan Passol dan model EC-03 sejak tiga dekad yang lalu. NEO menawarkan enjin yang berprestasi tinggi, lancar dan cukup senyap.

Model ini dikuasakan oleh bateri lithium-ion 50.4V/19.2Ah seberat 8kg yang diletakkan di bawah pelana (di bahagian tengah casis). Bateri ini memiliki cukup kuasa untuk perjalanan sekitar 37 kilometer. Seperti model-model skuter lain, ruang barang bawah pelana NEO cukup luas. Ia bersaiz 27 liter yang boleh memuatkan topi keledar atau bateri kedua (spare).

Para pemilik NEO boleh memilih untuk menggunakan dua mod tunggangan yang boleh dipilih mengikut keadaan jalan dan cuaca. Dalam mod standard, NEO dapat menikmati hantaran kuasa tertinggi 2.06kW untuk kelajuan 40 km/h. ECO mod pula menjadikan sesuai untuk perjalanan jauh dan penjimatan bahan api.


Antara ciri-ciri menarik lain yang dimilikinya ialah sistem sambungan Yamaha’s MyRide smartphone, Communication Control Unit (CCU), panel meter LCD dan sistem kunci pintar. NEO baru ini ditawarkan dalam dua warna iaitu Milky White dan Midnight Black. RR


 

Popular

  • Dari Litar

    Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

  • Dari Litar

    4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

  • Dari Litar

    Helmi Juara CP150 di Terengganu

  • Dari Litar

    Bezzecchi Terpantas di Aragon

  • Warta Roda

    MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Artikel berkaitan

Yamaha YZF-R2 Diperkenalkan Untuk Pasaran India

Cyclone RT5 Tampil Dengan Ciri Premium - Bermula RM16,888

Cyclone RT2S Kini Rasmi Di Pasaran Malaysia - RM13,888

MODA Sporter S SKII Tampil Dengan Beberapa Ciri Pembaharuan

KYMCO XCITING VS 400 Dilancarkan

Yamaha XMAX 300 Tech Max Dilancarkan

Yamaha XSR155 Akhirnya Tiba di Malaysia - RM12,998

Yamaha Y16ZR-R Edisi Terhad Pramac Racing Replica - RM13,388

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Yamaha YZF-R2 Diperkenalkan Untuk Pasaran India

Yamaha Motor India secara rasmi melancarkan YZF-R2 sebagai model baharu dalam keluarga R-Series.

Dari Litar

Irfan Haykhal Raih Kemenangan Sulung di CP150

Md Irfan Haykhal Amidi akhirnya menamatkan penantian untuk meraih kemenangan sulung dalam kategori CP150 selepas muncul juara dalam pusingan keepat CP150.

Model Baru

Yamaha XSR155 Akhirnya Tiba di Malaysia - RM12,998

Yamaha XSR155 akhirnya tiba ke pasaran negara yang menampilkan gaya neo-retro.

Model Baru

Yamaha Y16ZR-R Edisi Terhad Pramac Racing Replica - RM13,388

Selain varian standard, HLYM turut lancar model edisi terhad bagi Yamaha Y16ZR-R.