☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 15 Mei 2022

QJMOTOR SRK600 Secara Rasmi Dilancarkan – Harga Bermula RM35,888

MForce Bike Holdings Sdn Bhd selaku pengedar rasmi jenama QJMOTOR di Malaysia telah memperkenalkan model terbaru QJMOTOR SRK600 untuk pasaran tempatan. Model ini hadir dalam dua pilihan warna iaitu Flaming Red dan Pearl White yang ditawarkan pada harga bermula RM35,888 (tanpa cukai jalan & insurans).

QJMOTOR SRK600 dijana dengan enjin bersesaran 600cc, 16 injap, DOHC dan sistem penyejuk cecair. Enjin suntikan bahan api elektronik ini menghasilkan kuasa maksimum 80.5hp pada 11,000rpm dan tork 55.0Nm pada 8,000rpm. Dengan menggunakan enjin 4 silinder sebaris ini juga, SRK600 mampu menawarkan keseimbangan di antara kecekapan bahan api dan kuasa hantaran.

SRK600 disempurnakan dengan brek-brek jenis brembo yang turut dilengkapi sistem ABS dua saluran untuk keselamatan ketika membrek. Pengendaliannya pasti lebih yakin dan stabil kerana model ini menggunakan sistem saspensi hadapan jenis terbalik Marzocchi manakala bahagian belakang pula penyerap hentak tunggal Kayaba (KYB) yang menawarkan hentakan lebih baik.

Jentera ini menggunakan paparan meter jenis TFT bersaiz 5 inci dengan tiga mod pilihan iaitu siang, malam dan mod auto. Untuk mod auto, paparan akan berubah mengikut kecerahan cahaya tidak kira cuaca atau kelajuan semasa menunggang. Paparan meter TFT ini sangat membantu buat penunggang untuk melihat segala info penting dengan tepat dan mudah.

Antara ciri-ciri lain yang menarik pada QJMOTOR SRK600 seperti kerangka jenis trellis, Assist & Slipper Clutch, lampu-lampu jenis LED, sistem kunci pintar, berat 229kg, tinggi pelana 800mm dan tangki bahan api bersaiz 15 liter.

QJMOTOR SRK600 boleh didapati di mana-mana pengedar sah MForce seluruh Malaysia pada pertengahan bulan Jun 2022. Para pembeli jentera ini juga akan menikmati waranti selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000km (yang mana terdahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh MForce Bike Holdings Sdn Bhd. RR

Isu Pada

Jun 2022

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.