☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 September 2015

Suzuki Terus Perkenal Jentera Berkuasa Tinggi

Suzuki Assemblers Malaysia Sdn Bhd semakin mengembangkan sayapnya dengan pengenalan dua lagi model berkuasa tinggi terbaru yang cukup anggun dan mengagumkan. Suzuki GSX-S1000 ABS dan GSX-S1000F merupakan dua model jalanan yang direka berasaskan jentera-jentera terunggul seperti GSX-R1000 dan GSX-RR yang sedang mencipta nama dalam saingan MotoGP tahun ini.

GSX-S1000F
GSX-S1000F

Kedua-dua model GSX-S1000 dan GSX-S1000F ini telah diperkenalkan pada awal Ogos lalu oleh Pengarah Urusan Suzuki Assemblers Sdn Bhd terbaru iaitu En. Yutaka Ishihara ditemani oleh Pengurus Rancangan Pemasaran, En. Chan Wing Kit bertempat di tapak promosi Suzuki, Litar Antarabangsa Sepang sempena dengan perlumbaan eni Superbike World Championship.

Dengan berkongsikan teknologi dan komponen hebat jentera perlumbaan, prestasi enjin GSX-S1000 dan GSX-S1000F tidak perlu diragui lagi. Suzuki yakin kedua-dua model baru ini merupakan pakej terbaik untuk pencinta motosikal menikmati setiap kilometer perjalanan dengan hebat sekali. Pada asasnya kedua-dua model ini adalah sama tetapi dibezakan dengan rekabentuk iaitu berfairing (GSX-S1000) dan tanpa fairing.

GSX-S1000
GSX-S1000

Siri GSX-S ini dilengkapi dengan enjin bersesaran 999cc, DOHC dan sistem penyejuk cecair yang menjanjikan tindakbalas pendikit lebih tepat dan pecutan yang lancar dalam semua peringkat. Model-model ini juga mempunyai TC (traction control) dengan tiga mod talaan dan sistem ABS yang bertujuan untuk melindungi para penunggang terutama sekali ketika berada di jalan-jalan licin. Untuk memastikan proses memperlahankan kelajuan dapat dibuat dengan pantas, Suzuki telah melengkapkan model-model ini dengan brek cakera di hadapan bersaiz 310mm.

Siri Suzuki GSX-S ini memasuki pasaran dengan pilihan warna merah, biru, kelabu dan dijualkan pada harga asas RM68,400 (tidak termasuk GST) untuk model GSX-S1000 manakala model GSX-S1000F ABS boleh dimiliki pada harga RM74,400 (tidak termasuk GST). RR

Isu Pada

September 2015

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.