☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 April 2019

Zontes Masuki Pasaran Negara

Zontes Malaysia dengan megahnya memberi saingan di pasaran motosikal Malaysia dengan pengenalan kepada tiga model premium terkini mereka iaitu Zontes ZT310-R (jalanan/naked), Zontes ZT310-T (dual-purpose) dan Zontes ZT310-X/X GP (sport tourer). Ketigatiga model ini menawarkan rekabentuk yang cukup mantap dan dikemaskan dengan sistem elektronik terkini serta canggih. Zontes merupakan jenama yang diasaskan oleh Guangdong Tayo Motorcycle Technology Co., Ltd pada tahun 2003 dan berpengkalan di Guangdong, China.

Sememangnya kualiti dari segi pembinaan, kemasan, elektronik dan spesifikasi enjin yang dimiliki oleh setiap model Zontes ini cukup mengujakan. Menurut Zontes, jenteranya dicipta dengan menggunakan falsafah inovasi dan kualiti. Dengan itu, mereka amat mengutamakan dalam penciptaan jentera yang unik, futuristik, keselesaan dan praktikal.

Model pengembaraan, Zontes 310T dianggunkan dengan lampulampu LED di depan dan belakang, paparan panel meter jenis TFT, cermin pengadang udara boleh laras (elektronik), port pengecas USB, sistem brek ABS dan sistem ekzos serba moden. Untuk menjamin ketangkasannya, model baru ini disempurnakan dengan enjin silinder tunggal, DOHC, sistem penyejuk cecair, 312cc yang berkuasa 26kW pada 9,500rpm dan tork 30Nm pada 7,500rpm.

Zontes ini cukup tegap dengan pelana setinggi 795mm dan kelegaan tanah bersaiz 167mm. Jentera pengembaraan ini ditawarkan pada harga RM22,800 dan setiap pembelian akan menerima kotak barangan (tengah dan sisi) tanpa perlu membayar lebih.

Zontes 310X pula merupakan model 'sport tourer' yang turut menarik minat kita semua dengan bentuk luarannya yang kemas dan berkualiti. Cermin pengadang udaranya boleh dilaras hanya dengan sekali tekan dan barisan lampu-lampu LED yang dimiliki oleh model ini tampak moden. Model ini turut menawarkan sistem kawalan tanpa kunci (keyless control system), penyerap hentak jenis aluminium, sistem bahan api jenis FI dengan kuasa maksimum dan tork sama seperti model 310T, tangki 15 liter dan turut lengkap dengan panel meter TFT.

Zontes 310X didatangkan dengan dua versi iaitu yang biasa berharga RM20,800 dan versi GP dengan rekacorak grafik lebih menarik pula ditawarkan pada harga RM21,600.

Bagi mereka yang meminati jentera jalanan atau naked, Zontes ZT310-R adalah pilihannya. Model yang ditawarkan pada harga RM19,800 juga menggunakan casis dan spesifikasi yang sama dengan dua lagi saudaranya. Apa pun, rekabentuknya yang moden sememangnya memberi tamparan hebat buat jenama saingan. Posisi menunggang model ini cukup relaks dengan tempat pemijak dan ruang bar hendal yang direka khususnya untuk tunggangan yang mudah. RR

Isu Pada

April 2019

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).