☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 Oktober 2022

Honda CB750 Hornet 2023 Dilancarkan Di Eropah

CB600F Hornet 1998 merupakan antara model jalanan menjadi yang sangat popular di Eropah ketika ia mula-mula diperkenalkan dulu. Populariti yang dicapainya adalah di atas banyak sebab. Bentuknya yang kompak dan ringkas merupakan satu ciptaan sangat bagus untuk tunggangan sekitar bandar. Hornet juga mempunyai kuasa enjin dan keupayaan pengendalian untuk berada di pelbagai sudut jalan dengan sangat mudah. Ia memang sebuah jentera yang menggembirakan.

Jangka masa 25 tahun adalah masa yang lama dan dunia dua telah mengalami banyak perubahan besar sejak Hornet pertama tiba. Segmen jentera 'naked' terus berkembang dalam pelbagai segi demi memenuhi permintaan para peminat motosikal yang sentiasa berubah-ubah.

CB750 Hornet baru ini disempurnakan dengan kehebatan kejuruteraan Honda yang menawarkan enjin 755cc, silinder berkembar parallel, kuasa maksimum setingg 67.5kW dan tork 75Nm. Dengan berat basah 190kg, ia mempunyai nisbah power-to-weight yang terbaik dalam kelasnya.

Rekabentuk kepala silinder lapan-injap jenis Unicam diambil daripada model CRF. Pemacu utama juga berfungsi sebagai aci imbangan manakala sistem Assist/Slipper menguruskan kotak gear enam kelajuan dengan lebuh llicin.

Bantuan penunggang elektronik terima kasih kepada Throttle By Wire (TBW) yang memberikan empat mod tunggangan iaitu Rain, Standard dan Sport termasuk User, Honda Selectable Torque Control (HSTC) 3-Tahap, Wheelie Control dan Engine Braking Adjustment.

Untuk menjadikan model ini lebih tangkas, Honda melengkapkannya dengan kerangka keluli jenis berlian yang ringan dan berketegaran tinggi. Untuk kelincahan optimum, sistem saspensi model ini dipadankan dengan fork hadapan Showa 41mm dengan Separate Function Fork Big Piston (SFF-BPTM USD) dan penyerap hentak belakang dengan sistem Pro-Link.

Hornet baru ini dipadankan dengan panel meter TFT 5-inci berwarna penuh yang memiliki paparan maklumat dan pengurusan talaan yang jelas. Turut menanti pemiliknya ialah sistem sambungan Honda Smartphone Voice Control untuk peranti jenis Android and IOS.

Kawalan Suara Telefon Pintar Honda untuk kedua-dua peranti Android dan IOS. Semua sistem pencahayaan (lampu) adalah jenis LED, lampu isyarat auto-cancel dan juga termasuk Emergency Stop System (ESS). RR

Ciri-ciri utama Honda CB750 Hornet

Enjin 755cc serba baru
Kuasa maksimum: 67.5kW @ 9,500rpm
Tork maksimum: 75Nm pada 7,250rpm
Sistem Assist/Clutch
Mod Tunggangan (Rain, Standard dan Sport)
Sistem elektronik: Honda Selectable Torque Control (HSTC) 3-Tahap, Wheelie Control dan Engine Braking Adjustment.
Brake cakera 298mm x 2 (depan), 240mm x 1 (belakang).
Tinggi pelana: 795mm
Tayar: 120/70ZR-17 (depan), 160/60ZR-17 (belakang)

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.