Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 16 November 2022

Yamaha Tracer 9 GT+ Sport 2023

Model Yamaha Sport Touring telah memberikan peluang kepada para penunggang khususnya pengembara motosikal untuk menyusuri perjalanan ribuan kilometer ke seluruh dunia. Rangkaian Tracer 9 terbukti menawarkan prestasi yang mantap, keselesaan memuaskan dan praktikal untuk semua jenis tujuan.

Model ini dihasil menggunakan 'formula' gabungan istimewa enjin 890cc CP3, casis aluminium ringan, rekabentuk ergonomik dan sistem keselamatan moden yang menjanjikan kepuasan buat si penunggang dan pembonceng.

Untuk model 2023, Yamaha ingin membawa konsep baru Tracer ini ke dalam dimensi serba baru yang lebih moden. Perkenalkan Tracer 9 GT+ baharu yang didatangkan dengan rangkaian teknologi terbaik dalam kelasnya.

TRACER 9 GT merupakan model Yamaha pertama yang dilengkapi dengan sistem Adaptive Cruise Control (ACC) baru yang menaiktarafkan sistem Cruise Control agar kini berkeupayaan mengekalkan jarak secara automatik daripada kenderaan di hadapan. Apabila kedudukan jentera kita semakin dekat dengan kenderaan lain, sistem ASS ini akan menurunkan kelajuan, menambah kekuatan brek enjin dan memecut semula mengikut kesesuaian keadaan jalan.

Sistem ACC beroperasi dalam kelajuan di antara 30km/j dan 60km/j dan ia boleh dilaras. Penunggang boleh membuat talaan jarak (ada empat tahap) di antara motosikal dan kenderaan lain mengikut kesesuaian bagi mengaktifkan sistem ACC ini. Segala kaedah untuk membuat talaan ini dapat kita lakukan menerusi panel meter TFT 7-inci.

ACC juga menampilkan 'Cornering Assist' di mana ia menghalang peningkatan kelajuan apabila jentera membelok dan jika radar mengesan kenderaan di hadapan, ia juga akan mengehadkan tahap pecutan.

Tracer 9 GT+ merupakan model utama dalam barisan Sport Touring Yamaha. Untuk itu model ini telah dipilih untuk memperkenalkan rangkaian teknologi paling terkini termasuklah Sistem Brek Bersepadu (UBS). Sistem baru ini mempertingkatkan tahap kawalan menggunakan data dari gelombang radar dan IMU 6-axis untuk membantu tahap cengkaman pada brek hadapan dan belakang.

Terdapat 3 elemen utama sistem penyambungan-radar UBS ini beroperasi – hanya dengan mengaktifkan (BC) Brake Control. Pertama, ketika berlakunya perlanggaran, untuk mendapatkan kestabilan kedua-dua tayar sewaktu memperlahankan kelajuan dan ketika berada di dalam selekoh untuk elak kegelinciran.

Sistem Quick Shifter (QS) Generasi Ketiga yang kini menawarkan penggunaan yang lebih luas. QS baru ini dapat berinteraksi dengan sistem ACC agar perjalanan lebih selamat. Contoh, walaupun sistem ACC masih aktif, kita masih dapat menambah atau menurunkan gear tanpa perlu menggunakan tuas klac.

Antara ciri-ciri menarik lain yang ditawarkan ialah:

  • Mod tunggangan (Sport, Street, Rain' atau Custom)
  • pelana boleh laras
  • diameter brek belakang lebih besar
  • lampu-lampu LED
  • penyambungan telefon pintar
  • sistem saspensi elektronik KYB baru
  • soket USB baru

RR harap model ini segera dibawa masuk ke Malaysia supaya dapat kita belajar dan rasai kemodenan tahap kejuruteraannya. RR

Isu Pada

Januari 2023

Popular

  • Dari Litar

    Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

  • Dari Litar

    4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

  • Dari Litar

    Helmi Juara CP150 di Terengganu

  • Dari Litar

    Bezzecchi Terpantas di Aragon

  • Warta Roda

    MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Artikel berkaitan

Yamaha YZF-R2 Diperkenalkan Untuk Pasaran India

Cyclone RT5 Tampil Dengan Ciri Premium - Bermula RM16,888

Cyclone RT2S Kini Rasmi Di Pasaran Malaysia - RM13,888

MODA Sporter S SKII Tampil Dengan Beberapa Ciri Pembaharuan

KYMCO XCITING VS 400 Dilancarkan

Yamaha XMAX 300 Tech Max Dilancarkan

Yamaha XSR155 Akhirnya Tiba di Malaysia - RM12,998

Yamaha Y16ZR-R Edisi Terhad Pramac Racing Replica - RM13,388

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

Akid Aziz sertai pasukan VOGE AS25 Racing Team dalam saingan CP150.

Model Baru

Yamaha YZF-R2 Diperkenalkan Untuk Pasaran India

Yamaha Motor India secara rasmi melancarkan YZF-R2 sebagai model baharu dalam keluarga R-Series.

Warta Roda

Yamaha YZF-R9 Bakal Masuk Pasaran Negara Tidak Lama lagi?

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) dilihat semakin hampir membawa masuk Yamaha YZF-R9 ke dalam pasaran Malaysia.

Warta Roda

Royal Enfield Sambut Ulang Tahun ke-125

Royal EnfieldĀ meraikan ulang tahun ke-125 penubuhannya di peringkat global sambil memperkukuhkan lagiĀ kedudukan dalam segmen motosikal kelas pertengahan.