☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 2 Februari 2023

Hafizh Syahrin Uji Honda CBR1000RR-R Musim baru!

Pasukan MIE Racing Honda hadir ke litar Autódromo Internacional do Algarve di Portugal untuk menyempurnakan beberapa sesi ujian penting pada minggu ini. Pada masa yang sama, pasukan ini terus membuat persiapan untuk menyambut ketibaan musim baru Kejuaraan WSBK 2023.

Hafizh Syahrin.
Hafizh Syahrin.

Pelumba mereka, Hafizh Syahrin dan Eric Granado hadir dan menyempurnakan sesi ujian pada hari Selasa (31 Januari) dan Rabu (1 Februari 2023) bersama-sama pasukan lain termasuk skuad Honda Factory. Keadaan cuaca yang kekal kering dan cerah sepanjang hari, membolehkan pasukan itu menyelesaikan pelbagai jenis ujian khususnya untuk komponen dan talaan baru.

Eric Granado.
Eric Granado.

Oleh itu, ujian kali ini sangat penting untuk kedua-dua pelumba agar para jaguh pasukan MIE Racing Honda cepat mendapatkan rentak dengan jentera baru tersebut. Hafizh kini berada dalam musim keduanya di saingan WSBK dan sudah tentu perlukan masa untuk mencari keserasian dengan jentera baru yang lebih berkuasa berbanding sebelum ini.

Hafizh mencari keserasian dengan talaan serba baru.
Hafizh mencari keserasian dengan talaan serba baru.

Peluang menguji jentera CBR1000RR-R buat pelumba baru, Granado juga amat baik bagi membina keyakinan dengan karaktor jenteranya.

“Eric dan saya menyelesaikan dua setengah hari untuk sesi ujian masing-masing di Portimao ini. Saya menunggang petang semalam dan sekali lagi pada pagi ini. Pada dasarnya ia lebih kurang satu hari secara keseluruhan. Kami telah menguji versi jentera yang telah dikemaskini, pakej baru sepenuhnya, termasuk lengan ayun terkini. Maka, bukan mudah untuk mencari persediaan asas dalam masa yang singkat,” kata Hafizh Syahrin.

Pelumba baru WSBK, Granado semakin positif dengan prestasi jenteranya.
Pelumba baru WSBK, Granado semakin positif dengan prestasi jenteranya.
Jurang catatan masa Hafizh dan pelumba pasukan 'Factory' sudah semakin dekat.
Jurang catatan masa Hafizh dan pelumba pasukan 'Factory' sudah semakin dekat.

“Saya cuba menyempurnakan lap sebanyak mungkin untuk memahami sebaik-baik berkenaan jentera ini. Adalah sangat penting untuk tiba di Australia nanti dengan jentera yang sempurna untuk sesi ujian rasmi. Ini juga peluang saya untuk cuba memulihkan badan agar kembali bertenaga selepas berehat selama dua bulan. Seperti yang saya katakan, apabila kami tiba di Australia, kami akan bekerja dengan cara yang berbeza dengan memberikan lebih menumpukan pada penyusunan talaan,” tambahnya. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.