☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 Oktober 2019

Benelli TRK 251 & Leoncino 250 Sudah Berada Di Pasaran

Mforce Bike Holdings Sdn Bhd selaku pengedar jenama Benelli di Malaysia dengan banggannya telah melancarkan dua model terbaru iaitu Benelli TRK 251 dan Leoncino 250. Kedua-dua model ini telah pun diperkenalkan di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIM) pada Disember 2018 lalu.

Bagi pemegang lesen B2, Benelli TRK 251 dibina khas buat mereka yang mahu berjinak-jinak dengan sebuah jentera adventure. Model ini mampu ditunggang di laluan mencabar walaupun dikendalikan oleh penunggang baru. Model ini dijana oleh enjin silinder tunggal, empat lejang, DOHC 249cc, sistem penyejuk cecair dengan teknologi EFI yang mampu menawarkan kuasa maksimum setinggi 26.8hp pada 10,500rpm.

TRK 251 dilengkapi dengan tangki bahan api 18 liter , sesuai untuk ditunggang ke mana sahaja. Bagi memastikan kestabilan ketika menunggang, model ini turut disempurnakan dengan kerangka jenis keluli trellis. Antara ciri-ciri menarik lain adalah saspensi hadapan jenis terbalik, sistem penyerap tunggal di belakang, sistem Oxygen Sensor Exhaust, lampu utama jenis projector LED, rim 17 inci serta pengecas USB.

Model ini boleh didapati dalam tiga warna pilihan iaitu Rudy Red, Titanium Grey dan Jet Black. Ia telah berada di pasaran pada penghujung Ogos lalu dengan harga RM13,888 dan RM14,688 (Edisi ABS).

Buat penggemar jentera jalanan, Benelli Leoncino 250 adalah pilihannya. Model ini diilhamkan dengan gaya motosikal retro klasik 50-60an yang disempurnakan dengan beberapa ciri-ciri moden. Ia hadir dengan enjin silinder tunggal, DOHC dengan suntikan bahan api elektronik yang menghasilkan kuasa maksimum 26.8hp pada 10,500rpm dan tork 21Nm pada 7,500rpm.

Lampu utamanya jenis LED memberikan pencahayaan yang lebih jelas serta panel meter digital memaparkan pelbagai info-info penting. Jentera ini turut menggunakan sistem brek hadapan jenis cakera (280mm), manakala di bahagian belakang pula bersaiz 240mm. Rim 17 inci dipadankan dengan set tayar bersaiz 110/70 R17 (hadapan) dan 150/60 R17 (belakang).

Model ini memiliki tangki bahan api 12 liter. Terdapat tiga pilihan warna iaitu Pearl Brown, Italian Red dan Titanium Grey. Model ini boleh didapat di wakil pengedar Benelli seluruh negara dengan harga RM13,888 dan RM14,688 (Edisi ABS). RR

Isu Pada

Oktober 2019

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.