☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 Jun 2014

NAZA BLADE 250i NAKED SE

Naza Bikes Sdn Bhd telah melancarkan edisi terkini Naza Blade 250i Naked SE yang menawarkan rekabentuk yang lebih dinamik, ranggi dan sporty. Blade 250i Naked SE ini merupakan versi yang dipertingkatkan daripada model asal dan keanggunan model ini adalah hasil daripada kerjasama dengan pengeluar motosikal yang terkenal di Korea Selatan, Hyosung.

Dari Kiri: En. Nik Danial Nik Mahmood, En. Abdul Hamid Ismail & En. Mohd Rishalizam Mohd Noor melancarkan motosikal terbaru NAZA.
Dari Kiri: En. Nik Danial Nik Mahmood, En. Abdul Hamid Ismail & En. Mohd Rishalizam Mohd Noor melancarkan motosikal terbaru NAZA.

Majlis pelancaran model ini telah disempurnakan oleh En. Abd Hamid Ismail, Naib Presiden Kanan, Hal Ehwal Korporat dan Tugasan Khas Naza World dan En. Nik Danial Nik Mahmood, Naib Presiden Naza Two Wheels. “Dalam masa dua tahun ini, kita telah melihat populariti mesin-mesin naked menunjukkan peningkatan terutamanya bagi mesin yang berkuasa 200cc hingga 250cc. Walaupun selama ini lebih tertumpu pada versi sports 250cc dan 650cc, kehadiran Blade 250i Naked pastinya menjadikan Naza antara pengeluar motosikal yang digeruni,” kata En. Nik Danial.

Antara ciri-ciri menarik Blade terbaru ini ialah fairing sisi yang menarik, pelindung lampu hadapan, beberapa bahagian gentian kaca dan sistem ekzos tiga segi yang bukan sahaja sedap didengar tetapi juga menjimatkan bahan api. Naza Bikes menjangkakan model ini mampu menyumbang sebanyak 600 unit daripada jumlah sasaran keseluruhan mesin 4,000 unit untuk tahun ini.

Dengan adanya pusat pengedar di seluruh negara yang berjumlah lebih daripada 50 buah, pastinya para pemilik Blade 250i Naked akan menerima khidmat lepasan jualan yang baik. Model ini didatangkan dalam dua versi warna iaitu putih/merah dan hitam/merah pada harga RM13,988. RR

Isu Pada

Jun 2014

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.