☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 9 November 2023

EICMA 2023: Moto Morini Corsaro Sport & Corsaro 750 Diperkenalkan

Moto Morini semakin mengembangkan sayapnya dengan melancarkan model-model terbaru di EICMA 2023. Selain beberapa model terkini, Moto Morini turut perkenalkan dua mesin yang menggunakan enjin V-Twin 90 darjah direka sepenuhnya di Itali iaitu Corsaro 750 dan Corsaro Sport.

Corsaro Sport
Corsaro Sport
Corsaro 750
Corsaro 750

Moto Morini telah menampilkan kedua-dua model ini dengan rupabentuk yang cukup menarik, agresif dan menepati citarasa terkini. Perbezaan antara kedua mesin ini sudah tentu menerusi rekabentuk dia di mana Corsaro Sport merupakan sebuah jentera sportbike dengan berfairing penuh manakala Carsora 750 pula sebagai sebuah jentera jalanan.

Corsaro 750 dan Corsaro Sport didatangkan dengan enjin bersesaran 749cc, sistem penyejuk cecair. Enjinnya kini mematuhi piawaian Euro5+ mempunyai kuasa maksimum 96hp sekaligus dapat menghasilkan kelajuan sehingga 210km/j.

Antara ciri-ciri lain pada kedua-dua model ini seperti saspensi hadapan jenis fork USD boleh laras, lengan ayun aluminium, brek-brek brembo, tinggi pelana 840mm (Corsaro Sport) & 820mm (Corsaro 750), jarak roda 1462mm, lampu-lampu jenis LED dan sistem ABS. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).