Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 1 Disember 2023

Siri Honda CBR 2024 Baru Lebih Mantap

Honda CBR650R, CBR600RR dan CBR1000RR-R 2024 hadir ke pasaran global dengan pelbagai perubahan lebih moden dilakukan hampir pada semua bahagian termasuklah dari segi enjin, rekabentuk luaran dan teknologi sistem elektrik.

Honda CBR650R ketika dilancarkan di EICMA.
Honda CBR650R ketika dilancarkan di EICMA.

Ketika mula-mula dipamerkan di EICMA, ketibaan model ini sememangnya memberi keterujaan buat para peminat model sport. Rekabentuk CBR650R baru ini dicipta untuk para pencinta kelajuan – tampil dengan jelas menerusi pelbagai sudut yang menjurus kepada kelajuan, aerodinamik, tegap dan tangkas. Untuk CBR650R ini, pembaharuan jelas dapat kita lihat pada lampu utama, fairing, tempat duduk pembonceng dan bahagian belakang (termasuk ekor).

Kerangka Honda ini menggunakan Keluli Berlian yang dipadankan dengan fork hadapan Showa SFF-BP jenis terbalik 41mm dan penyerap hentak belakang, peredam tunggal boleh laras (10 tahap). Ini memberikan respons yang tajam dan tepat sewaktu jentera ini dimiringkan di laluan berselekoh mahupun ketika memecut ke tahap maksimum.

CBR650R hadir dengan spesifikasi enjin yang masih sama iaitu 649cc, DOHC, 16 injap yang menawarkan hantaran kuasa 70kW pada 12,000rpm dan tork 63Nm pada 9,500rpm. Kepala silinder model ini direka kompak manakala saiz untuk gerek dan lejang ialah 67mm x 46mm.

Dengan menutup jurang antara kaca penutup dan skrin TFT dengan resin, masalah silau dapat dikurangkan. Terdapat tiga corak grafik pada paparan pada meter TFT model ini iaitu Bar, Circle dan Simple serta menawarkan sambungan Honda RoadSync di telefon pintar.

Pelana CBR baru ini berketinggian 810mm dan direka dengan bentuk serta ketinggian lebih baik agar penunggang dan pembonceng dapat menikmati setiap kilometer bersama. Model ini hadir dengan kotak gear 6 kelajuan yang dimantapkan menerusi sistem Assist/Slipper Clutch dan Honda Selectable Torque.

Terdapat teknologi baru yang ditawarkan sebagai pilihan iaitu sistem Honda E-Clutch. Teknologi ini membenarkan penunggang bermula, berhenti dan menukar gear tanpa perlu menarik tuas klac – hanya tuas gear. Honda E-Clutch juga boleh digunakan seperti operasi klac normal.

Model 2024 ini hadir dalam dua warna pilihan iaitu Grand Prix Red Tricolour dan Matt Gunpowder Black Metallic.

CBR600RR

Model ini sememangnya antara yang paling popular dalam siri jentera supersport dari Honda. Ia pernah meraih kemenangan dalam pelbagai siri kejuaraan seperti WorldSSP, Asia Road Racing, European Championship dan banyak lagi.

CBR600RR
CBR600RR

Model ikonik CBR600RR kembali ke pasaran Eropah dengan enjin 599cc, 4 silinder sebaris, DOHC, 16 injap yang berkuasa 89kw pada 14,250rpm dan tork 63Nm pada 11,500rpm. Untuk memberikan prestasi cemerlang buat pemiliknya, proses pecutan lebih licin dengan adanya sistem Quickshifter dan Assist/Slipper Clutch.

Honda ini turut dikawal oleh sistem Throttle By Wire yang 'diambil' daripada model terhebat, RC213V-S serta sistem sensor Bosch 6-axis IMU. Kepelbagaian sistem elektronik moden yang dimiliki oleh CBR600RR ini juga sangat penting dalam peningkatan prestasi secara keseluruhan.

Antaranya ialah Mod Tunggangan (3 pilihan + mod pilihan - User), Engine Braking, Power Mode, Wheelie Control, Honda Selectable Torque Control (HSTC), Rear Lift Control, Cornering ABS, Honda Electronic Steering Damper (HESD) Honda Emergency Stop Signal (ESS) dan Honda Ignition Security System (HISS).

Setiap informasi, mod dan talaan dapat dilihat dengan jelas menerusi panel meter TFT yang hadir dengan tiga corak paparan iaitu Street, Circuit dan Mechanic. Lampu penunjuk gear 'Shift-Up' menggunakan lima lampu LED putih yang akan berkelip-kelip apabila tiba waktu terbaik untuk menambah gear.

Dari segi rekabentuk pula, secara ringkasnya rekabentuk model ini adalah dari jentera perlumbaan. Pelindung tangki direka berbentuk 'wing' yang sama seperti model RC213V-S. Pencahayaan menggunakan lampu LED manakala posisi ekzos bawah pelana memang cukup garang sekali.

CBR600RR ditawarkan dengan pilihan warna HRC Grand Prix Red HRC TriColour dan Stealthy Matt Ballistic Black Metallic.

CBR1000RR-R Fireblade/SP juga diberikan beberapa penambahbaikan menjadikan prestasinya lebih mantap. Antaranya ialah kepala silinder, nisbah mampatan, valve timing, spring, konrod dan aci engkol.

Enjinnya 1,000cc, DOHC, sistem penyejuk cecair., 4 silinder sebaris memiliki hantaran kuasa setinggi 160kW pada 14,000rpm dan tork 113Nm pada 12,000rpm. Model ini turut dilengkapkan dengan Throttle by Wire (TBW) dengan sistem 2-motor. Motor 1 untuk silinder 1 dan 2 manakala Motor 2 untuk silinder 3 dan 4.

Kerangka aluminium model baru ini juga dikemas kini agar pengendalian lebih tepat dan bertegaran tinggi. Untuk lebih selesa mengawal CBR ini, posisi menunggang diubah – posisi bar hendal ditinggikan manakala tempat pemijak direndahkan. Bahagian fairing juga dibentuk semula agar tampak lebih bergaya dan pada masa yang sama kini lebih aerodinamik.

Honda menyempurnakan CBR ini dengan penggunaan fork hadapan Showa 43mm Big Piston Fork (BPF) jenis terbalik yang dipadankan dengan penyerap hentak Showa Balance Free Rear Cushion Light (BFRC-Lite) boleh laras sepenuhnya. RR

Antara ciri-ciri menarik lain:

  • Mod Tunggangan (3 pilihan)
  • Cornering ABS 3-tahap
  • Honda Electronic Steering Damper (HESD)
  • Bosch six-axis Inertial Measurement Unit (IMU)
  • Honda Selectable Torque Control (HSTC) 9-tahap
  • Sistem Kunci Pintar
  • Power Mode
  • Engine Brake 3-tahap
  • Wheelie Control
  • Traction Control
  • Emergency Stop Signal (ESS)
  • Panel meter TFT 5 inci
  • Sistem Quick-shifter
Isu Pada

Januari 2024

Popular

  • Warta Roda

    GLOBAL: Haojue GSX500 - Kemas dan Cantik

  • Warta Roda

    Dua Gadis Meninggal Dunia Dirempuh Lelaki Disyaki Pengedar Dadah

  • Pandu Uji

    Clutchless....Stressless.. Honda CBR650R & CB650R E-Clutch Memang Best!

  • Dari Litar

    Ujian Rasmi Litar Aragon: Hasil Positif Untuk Pasukan Honda HRC Castrol

  • Dari Litar

    SAH! Juara WSBK, Toprak Razgatliolu Tanda Tangan Kontrak Dengan Yamaha

Artikel berkaitan

Harley-Davidson Pan America 1250 Special 2025

Triumph Speed Triple RX tawarkan prestasi 'Sang Juara'

CFMOTO 800MT-X Sebuah Jentera Adventure Touring - RM48,888

Yamaha Tracer 7 & Tracer 7 GT: Prestasi 'Sport Touring' Era Baru

Harley-Davidson Fat Boy Gray Ghost: Lawa Lain Macam!

CFMOTO 250NK Lite - Harga Marhaen RM9,888

SYM ADXTG 400 Sudah Mendarat di Malaysia - RM29,888

QJMOTOR AX200S Panaskan Lagi Pasaran Segmen Skuter - RM7,988

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Dua Gadis Meninggal Dunia Dirempuh Lelaki Disyaki Pengedar Dadah

Dua gadis berusia 18 tahun maut selepas tercampak daripada motosikal dinaiki mereka yang dirempuh sebuah kereta dipandu lelaki disyaki pengedar dadah di persimpangan lampu isyarat Jalan Tengku Ismail.

Warta Roda

Dua Pelajar Maut, Nahas Motosikal dan Kereta

Dua pelajar sekolah maut dalam nahas membabitkan sebuah motosikal dan kereta di Jalan Sedili Kecil-Tanjong Balau, pada Sabtu.

Dari Litar

Luca Marini Cedera Semasa Sesi Ujian Suzuka 8 Hours

Pelumba Honda Factroy MotoGP iaitu Luca Marini mengalami kecederaan serius selepas terbabit dalam kemalangan ketika sesi ujian bagi persiapan perlumbaan Suzuka 8 Hours.

Berita Kelab

Terengganu Gentleman Riders: Ride & Camp ke Lata Ulu Kasar

Kerjasama ini menjurus kepada idea untuk penganjuran acara Ride & Camp Vol 1 yang diadakan di Lata Ulu Kasar, Setiu, Terangganu pada awal Mei yang lalu.