☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 5 Disember 2023

Honda Lancarkan NX500 2024 - Pengganti CB500X

Bagi peminat Honda dan motosikal kembara, Honda CB500X memang antara model yang sentiasa menerima pujian ramai. Jika ditanya, hampir semua peminat motosikal akan bersetuju bahawa ia model kembara 500cc paling mantap pernah dihasilkan. Sesuai untuk menjelajah ke pelbagai destinasi dan 'sedap' sungguh untuk tunggangan harian.

Pada tahun 2016, model ini dipertingkatkan dengan tangki bersaiz lebih bear, cermin pengadang angin lebih tinggi dan lampu-lampu LED. Tahun 2019 pula model ini diberi gaya baru yang lebih 'lasak' beserta penambahbaikan pada bahagian enjin serta casis. Pemilik CB500X tahun 2022 pula menikmati pembaharuan sistem fork USD SFF-BP 42mm jenis Showa, brek cakera berkembar, lengan ayun yang ringan dan rim hadapan direka semula.

Untuk tahun baru nanti, Honda ternyata akan menambah baik model yang cukup popular ini tetapi hadir dengan nama baru iaitu NX500. Model ini memiliki identitinya sendiri, gaya rekabentuk agresif, teknologi premium dan peningkatan perincian.

Huruf NX mempunyai sejarah yang cukup lama dengan Honda, NX650 Dominator diperkenalkan pada penghujung 1980an, menawarkan gabungan unik gaya jentera jalanraya dan lasak.

Kali ini, NX bermaksud 'New X-over' yang menjanjikan keseronokan di jalan-jalan berliku dan berbatu kerikil. Dengan rekabentuk bertemakan 'Daily Crossover', model ini juga bersedia untuk bersantai di kotaraya, memecut di lebuhraya dan sedia menempuh pengembaraan yang jauh.

NV500 didatangkan dengan lampu utama dan belakang jenis LED yang memberikan pencahayaan lebih terang dan lebar. Panel meter TFT bersaiz 5-inci direka berasaskan model XL750 Transalp yang memiliki tiga paparan berbeza iaitu Bar, Circle dan Simple. Honda turut melengkapkan model ini dengan sistem sambungan Honda RoadSync pada telefon pintar.

Honda NX500 hadir dengan enjin 471cc, silinder kembar, 8-injap, sistem penyejuk cecair yang berkuasa 35kW pada 8,600rpm dan nilai tork 43Nm pada 6,500rpm. Sistem transmisi model ini 6 kelajuan yang diuruskan oleh sistem Slipper/Assist Clutch baru.

Ketinggian bar hendalnya disesuaikan dengan pelana setinggi 830mm yang bertujuan untuk keselesaan serta sudut pandangan lebih baik. Pelananya ramping adalah rekaan terbaik untuk memudahkan pergerakan. Rim yang ringan telah disepadankan dengan talaan sistem saspensi hadapan dan belakang yang telah dinaik taraf. Model ini hadir dalam tiga warna pilihan iaitu Grand Prix Red, Matt Gunpowder Black Metallic dan Pearl Horizon White.

Kita harapkan agar model ini segera dibawa masuk ke pasaran negara kerana pasti ramai yang akan jatuh cinta. RR

Isu Pada

Januari 2024

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.