☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 13 Disember 2023

Ducati Diavel for Bentley – Kolaborasi Dua Jenama Eksklusif

Ducati dan Bentley berbesar hati untuk mengumumkan kelahiran sebuah jentera edisi terhad yang eksklusif dan mewah iaitu Ducati Diavel for Bentley. Model ini adalah hasil kerjasama antara dua pengeluar ternama dunia iaitu Ducati dan Bentley dengan menyasarkan kehebatan prestasi, seni kraftangan dan hasil kerja yang eksklusif.

Model eksklusif ini didedahkan kepada umum di acara Art Basel yang diadakan di Miami Beach, pameran edisi luar negara untuk seni kontemporari Eropah yang paling berprestij.

Dari sudut teknikal bagi sebuah jentera berprestasi tinggi seperti Diavel V4, Ducati telah menyepadukan berbagai elemen dan penggayaan model Bentley Batur. Bentley Batur ini merupakan siri model edisi terhad dari Bentley yang dihasil menggunakan tangan. Model Diavel for Bentley ini akan dikeluarkan lengkap dengan nombor siri terhad kepada 500 unit dan penambahan lagi 50 unit terakhir yang dikhaskan untuk pelanggan Bentley.

Pusat penggayaan Ducati atau Centro Stile Ducati dan pereka Bentley, mendapat inspirasi daripada model Batur khususnya dari segi warna Scarab Green dengan kemasan yang bermutu tinggi, warna metalik mewah yang berasal daripada Bentley Mulliner.

Banyak ciri-ciri Batur digunakan pada bahagian-bahagian yang berbeza seperti rim bertempa (direka dan dicipta khas untuk model ini), beberapa ilham rekaan yang diambil dari rekabentuk Bentley telah diwarnakan dalam Dark Titanium Satin.

Corong kemasukan udara sisi direka menggunakan elemen Batur yang paling dikenali iaitu Gril Dwi Tona. Madgad hadapan, fairing dan tangki mirip dengan bahagian bonet hadapan, manakala penutup pelana belakang pula boleh dibuka untuk tunggangan berdua.

Terdapat banyak komponen seperti fender, penutup lampu, penutup enjin, ekzos, pelindung radiator, panel sisi dan bahagian belakang yang dihasilkan daripada gentian-karbon. Model istimewa ini juga hadir dengan Sijil Ketulenan, pelana pembonceng dan selimut motosikal. Para pemilik Diavel for Bentley juga akan menerima jentera masing-masing dalam kotak kayu individu khas.

Diavel for Bentley disempurnakan dengan enjin 1,158cc V4 Granturismo yang berkuasa 168hp pada 10,750rpm dan tork 126Nm pada 7,500rpm. Sistem transmisi 6 kelajuan dilengkapi dengan Ducati Quick Shift (atas/bawah) dan antara sistem elektronik yang dipadatkan pada model ini ialah Ducati Power launch, Cruise Control, Hands-Free, Panel meter TFT, sistem navigasi, Dynamic Turn Indicator, lampu-lampu LED dan lain-lain.

Batur ialah kereta pengeluaran dari Bentley yang paling, dengan enjin W12 turbo-berkembar menghasilkan kuasa 740 PS dan hanya 18 unit sahaja dikeluarkan. Batur adalah contoh seni 'pertukangan' mewah dan penanda aras buat Bentley dalam penghasilan model yang eksklusif. Kesemua 18 unit Batur dibuat secara individu oleh Mulliner, perekacipta tertua di dunia dan divisyen tempahan khas Bentley. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.