☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 8 Januari 2024

KTM 890 SMT: Gabungan Jentera Kembara dan Streetfighter

KTM Malaysia memulakan tahun baru mereka dengan cukup bergaya menerusi pelancaran model serba baru iaitu KTM 890 SMT, sebuah supermoto yang dinanti-nantikan untuk pasaran tempatan. KTM 890 SMT menampilkan kebijaksaaan para jurutera mereka menghasilkan sebuah jentera yang menggabungkan kemantapan motosikal pengembaraan dan kelincahan jaguh jalanan 'streetfighter'.

Model baru ini merupakan Supermoto Tourer yang menawarkan prestasi dan pengendalian serta keselesaan jentera kembara menjadikannya pilihan ideal khususnya buat mereka yang ingin memiliki motosikal versatil. KTM 890 SMT sesuai menjadi teman untuk tunggangan bandar, ke tempat kerja atau menikmati laluan berselekoh pergunungan pada hujung minggu.

KTM 890 SMT diilhamkan oleh KTM 990 SMT yang disempurnakan oleh enjin 899cc, berkembar parallel, 2-silinder, 4 lejang, DOHC berkuasa 105hp pada 8,000 rpm dan tork 100Nm pada 6,500 rpm. KTM baru ini juga hadir dengan tiga mod tunggangan iaitu Rain, Street dan Sport - bersama-sama mod 'Track' sebagai pilihan dengan pendikit boleh laras serta Traction Control.

Pemilihan talaan dan segala informasi dipaparkan dengan jelas menerusi panel meter TFT-LCD bersaiz 5-inci. Turut ditawarkan sebagai aksesori pilihan ialah sistem Quickshifter, Cruise Control dan Motor Slip Regulation.

The Supermoto ABS pasti akan mengujakan peminat untuk mengendalikan model ini dengan gaya supermoto. Dengan ketinggian pelana 860mm dan kelegaan tanah 227mm, 890 STM sememangnya berupaya memberikan kita keterujaan apabila berada di laluan-laluan sukar. Kawalan bahagian depan dimantapkan dengan fork hadapan 43mm jenis WP APEX yang dipadankan dengan penyerap hentak tunggal jenis WP APEX.

Kerangka yang dihasilkan daripada keluli Chromium-molybdenum yang bertegaran tinggi memberikan keyakinan untuk memecut ke tahap maksimum serta ketangkasan di laluan berliku. Rekabentuk ergonomik yang dipertingkatkan membolehkan penunggang menggunakan postur (gaya tunggangan seperti supermoto). Ini memberikan anda pemahaman yang lebih baik dan yakin untuk mengendalikannya.

Model baru KTM 890 SMT ini ditawarkan pada harga RM101,800. RR

Isu Pada

Februari 2024

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.