☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 17 Januari 2024

Rombakan Semula Husqvarna Svartpilen, Vitpilen Untuk Tahun 2024

Husqvarna telah mengemas kini secara menyeluruh untuk model Husqvarna Vitpilen dan Husqvarna Svartpilen yang hadir dengan enjin bersesaran 125cc dan 399cc untuk tahun 2024 ini. Perubahan yang dilakukan adalah pada kedua-dua enjin dan casis model Vitpilen 125, Vitpilen 401, Svartpilen 125 dan Svartpilen 401. Walaupun terdapat perbezaan yang jelas antara enjin yang digunakan pada siri model 125s dan siri 401s, hakikatnya kedua-dua unit enjin tersebut dihasil berdasarkan rekabentuk KTM LC4c.

Husqvarna Svartpilen 125 2024.
Husqvarna Svartpilen 125 2024.

Perubahan yang dilakukan antaranya ialah Counter Balance Shaft yang dikhususkan untuk meredakan gegaran, julat putaran RPM, dan kepala silinder telah direka semula kepada saiz yang lebih kecil. Kedudukan termostat pula telah diubah.

Aci sesondol baru (tunggal untuk model 125, sepasang untuk 401) yang juga menyumbang kepada telah rekabentuk enjin baru. Rekabentuk enjin yang sama ini membolehkan rekaan kerangka untuk model 401s sama seperti pada 125. Sebagai contoh, kotak udara untuk kedua-dua model ini juga rekaan serba baru yang kini bersaiz lebih besar.

Husqvarna Vitpilen 401 2024.
Husqvarna Vitpilen 401 2024.

Rekaan semula sistem saspensi belakang dilakukan pada kedua-dua model yang bertujuan untuk memuatkan kotak udara baru, kali ini dengan meletakkan penyerap hentak tunggal di bahagian tengah. Kedudukan semula penyerap hentak ini membolehkan tinggi pelana kini direndahkan kepada 820mm.

Penyerap hentak depan dan belakang jenis WP yang pastinya berprestasi lebih mantap. Di sinilah perbezaan ketara di antara model 401 dan 125. Walaupun kesemuanya hadir dengan fork hadapan 43mm (jenis open cartridge), untuk siri 125 ianya tidak boleh dilaraskan manakala 401 pula memiliki lima tahap pelarasan.

Kerangka masih menggunakan rekaan trellis keluli. Ia bertegaran tinggi tetapi lebih ringan serta dikimpal menggunakan sistem robotik dan bukan lagi tangan yang menawarkan respon serta pergerakan yang lebih tangkas. Apa pun, paling diberikan tumpuan ialah pada geometri motosikal ini agar memberikan keselesaan untuk tunggangan jauh dan dekat.

Husqvarna Vitpilen 125 'kiri' & Svartpilen 401 2024.
Husqvarna Vitpilen 125 'kiri' & Svartpilen 401 2024.

Tapak roda kedua-dua model ini bersaiz 1,368mm dan untuk model Vitpilen, ia telah dilengkapkan dengan bar hendal yang lebih ringan. Husqvarna memberi keutamaan dalam penghasilan model ini dari semua sudut iaitu ketangkasan, keselesaan dan hantaran kuasa yang mantap. RR

Antara ciri-ciri menarik lain:

  • Rim 17 inci
  • Sistem ABS + Cornering ABAS
  • Lampu-lampu LED
  • Warna & grafik baru
  • Panel meter TFT 5-inci
  • Transmisi 6 kelajuan
  • Sistem penyejuk cecair
  • Ride-by-Wire
  • Brek hadapan 320mm jenis Bybre
  • Brek belakang 240mm jenis Bybre
  • Tangki 13 liter (simpanan 1.5 liter)
  • Traction Control
  • Slipper Clutch

sumber: https://www.visordown.com/

Isu Pada

Mac 2024

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.