☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 Disember 2019

SYM Terus Cemerlang Dengan Model Lebih Moden

Sanyang Motor Co., Ltd atau SYM merupakan sebuah pengeluar motosikal yang sudah tidak asing lagi buat para pencinta motosikal di seluruh dunia. Menerusi pasukan R&D cukup mantap dan penuh inovasi, SYM sentiasa bersedia untuk memberikan apa yang dikehendaki di pasaran. Negara kita juga tidak berkecuali, dengan adanya Mforce Bike Holdings SYM turut menempa nama di Malaysia dengan pelbagai model-model yang menerima permintaan cukup tinggi daripada pencinta motosikal.

Sebagai jenama global, SYM hadir ke pameran motosikal EICMA 2019 melancarkan beberapa buah model terbaru yang cukup hebat seperti Maxsym TL, Maxsym 400i E5, DRG 160i , Symphony dan Fiddle.

Maxsym TL merupakan sebuah skuter maksi berinspirasikan jentera superbike yang kemudiannya digabungkan dengan ciriciri elegan dan mewah. Ruang hadapan yang luas dan kemas disempurnakan dengan panel meter TFT AutoDimmer yang moden tempat penyimpanan barang beserta USB/ soket kuasa, cermin pengadang udara boleh laras dan bar hendal yang cukup lebar. Barisan empat buah lampu LED di hadapan bukan sahaja cantik tetapi juga memberi suluhan yang cukup terang tidak kira di waktu siang atau malam.

Menerusi enjin dua silinder, sistem penyejuk cecair, DOHC, 465cc, Maxsym TL menawarkan kuasa 30.0kW pada 6,750rpm dan tork 42.5Nm pada 6,250rpm. Keseimbangan dan kelincahan skuter maksi ini meluncur di setiap laluan hadir menerusi sistem saspensinya yang benar-benar mantap. Fork hadapan jenis terbalik yang efisien dan lengan ayun aluminium dengan penyerap hentak tunggal di belakang memberi respon kepada penunggangnya dengan pantas.

Sebagai sebuah jentera yang pantas, besar dan sasa, SYM telah melengkapkannya dengan tayar-tayar bersaiz 120/70-15 (depan) dan 160/60-15 (belakang) yang dikawal dengan bijak oleh sistem brek cakera bersaiz 275mm beserta ABS. Dengan tangki sebesar 12L, ia dijangkakan mampu membawa pemiliknya merentasi pelbagai destinasi lebih daripada 200 kilometer dengan mudah.

Ucapkan 'Selamat Datang' kepada satu lagi skuter terkini ialah Maxsym 400i! Ia dihasilkan mencapai piawaian Euro 5 dengan kuasa 24.3kW pada 6,500rpm dan tork 37.8Nm pada 6,000rpm. Seperti 'abangnya', model ini turut dilengkapi dengan lampulampu LED, cermin pengadang udara boleh laras, ruang bawah pelana yang luas, sistem keyless, panel meter digital dan sistem lampu brek kecemasan.

Lampu brek kecemasan ini akan berkelip-kelip apabila penunggang membrek dengan keras khususnya dari kelajuan lebih 70km/j. Apabila kelajuan menurun dengan mendadak sekitar 6.6m/2saat), sistem ini akan diaktifkan dan apabila kelajuan sudah turun kepada 10km/j, lampu ini tidak lagi berkelip. Inilah ciri-ciri keselamatan yang diperkenalkan oleh SYM khusus untuk pemilik jenteranya.

Antara keistimewaan menarik yang dimilikinya ialah sudut pembukaan pelana melebihi 45 darjah, sistem ekzos (bentuk segitiga) baru yang ringan dan pendek, ruang simpanan hadapan yang luas dan soket kuasa/usb. Maxsym 400i didatangkan dengan sistem brek cakera 275mm berserta ABS yang mampu mengawal pergerakan jentera yang boleh memecut laju.


Rasai dunia moden, ranggi dan bertenaga dengan DRG 160i. Ia sememangnya direka khusus untuk generasi baru yang mahukan sebuah skuter serba baru yang memiliki sifat dan rekabentuk lain daripada yang lain. RR cukup bertuah kerana berpeluang untuk menemubual dengan Sdr Ivan Wu yang merupakan ketua projek untuk model ini.

“Model ini dicipta dengan konsep terbaru iaitu Dragon, SYM memiliki banyak model yang mewakili beberapa segmen termasuklah yang bertaraf tinggi. Untuk terus berdaya saing, satu produk sahaja tidak mencukupi. Oleh itu SYM bersedia untuk menghasilkan sebuah rekaan baru maka lahirlah jentera ini untuk segmen dan pencinta motosikal yang berbeza,” kata Ivan Wu.

“Dengan menggunakan naga sebagai asas dalam rekacipta, ia menterjemahkan sifatnya yang menjurus kepada prestasi, kuasa dan kepantasan. Menerusi rekaan ini, DRG adalah gabungan illustrasi unik yang benar-benar menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya,” tambah beliau.

DRG160i disempurnakan dengan enjin 158cc generasi baru, sistem penyejuk cecair beserta Zero-Resistance Starter & Generator (Z.R.S.G) yang menawarkan kuasa 11.4kW pada 8,000rpm dan tork 15.1Nm pada 5,500rpm. Panel meter DRG menggunakan teknologi tinggi manakala bahagian hadapannya unik dengan lekuklekuk seperti tubuh badan sang naga yang dihiasi dengan lampu-lampu LED yang cukup segak.

Untuk tunggangan lebih mantap, DRG dilengkapi dengan fork teleskopik, penyerap hentak dan lengan ayun tunggal, sistem ekzos ala perlumbaan, sistem brek yang mantap dan
sememangnya terdapat banyak elemen DRG yang diambil daripada dunia perlumbaan agar skuter ini sesuai untuk mereka yang dahagakan kelajuan dan daya pecutan hebat.

Symphony pula merupakan sebuah motosikal yang ringkas, elegan dan kompak. Sejak diperkenalkan di pasaran Eropah pada 2008 lalu, ia memang cukup popular. Symphony digemari kerana ia memiliki prestasi skuter yang cukup tinggi. Skuter generasi baru ini turut dilengkapi dengan lampu LED, lampu posisi LED, panel meter serba baru dan ia menepati piawaian emisi Euro 5.

Model ini didatangkan dalam beberapa varian iaitu 50i, 125i dan 200i E5. Walaupun ketiga-tiga model ini bentuknya sama, tetapi spesifikasi enjinnya memang berbeza.

Fiddle pula sentiasa menjadi teman buat mereka yang ingin bergerak selesa dan pantas di kawasan urban. Model baru yang diperkenalkan di EICMA 2019 disempurnakan dengan hiasan kulit, lampu-lampu LED, ruang bawah pelana yang luas dan semestinya rekabentuk luaran yang tampak canggih dan sangat menarik. Seperti model-model lain, Fiddle turut memiliki piawaian Euro 5 dan menawarkan enjin yang lancar, senyap dan bersih.

Skuter ini cukup menarik dengan panel meter LCD, enjin suntikan bahan api, sistem penggera, penghidup elektrik, sistem ABS dan Anti-Lift Engine Hanger System (A.L.E.H). Skuter ini menjanakan kuasa 8.6kW pada 8,500rpm dan tork 10.8Nm pada 6,500rpm yang sudah pasti memberi keseronokan buat sesiapa sahaja yang menunggangnya. Walaupun ia sebuah skuter kecil molek, Fiddle dilengkapi dengan sistem brek cakera bersaiz 226mm (depan) dan 220mm (belakang) beserta ABS.

Menarik tak? Memang barisan skuterskuter yang dilancarkan cukup menggiurkan dan menurut Mforce Bike Holdings Sdn Bhd selaku pengedar rasmi SYM di Malaysia, model-model ini akan berada di pasaran negara pada tahun hadapan. Model apa yang menarik perhatian anda semua? RR

Isu Pada

Disember 2019

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.