☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 19 Januari 2024

Yamaha Y16ZR 2024 – Lengkap Dengan Sistem ABS

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) dengan bangganya telah merasmikan pelancaran model moped mereka iaitu Yamaha Y16ZR 2024 untuk pasaran tempatan. Majlis perkenalan ini telah diadakan dalam satu acara meriah yang diadakan di Starhill, Bukit Bintang.

Secara ringkasnya, Yamaha Y16ZR 2024 telah menerima perubahan sedikit di bahagian perumah lampu utamanya. Manakala panel dada yang menempatkan lampu siang (DRL) tampil lebih lebar sekaligus model ini tampak semakin agresif dan sporty.

Ciri keselamatan pada jentera ini turut dipertingkatkan menerusi brek cakera hadapan yang lebih besar, tawarkan kuasa membrek lebih lancar. Manakala sistem Brek Anti-kunci (ABS) di roda hadapan memberikan keyakinan kepada penunggang ketika membrek .

Dari segi spesifikasi enjinnya masih lagi sama, Y16ZR 2024 didatangkan dengan enjin VVA 155cc, silinder tunggal, SOHC dengan sistem penyejuk cecair. Enjin dengan kotak gear 6-kelajuan ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 17.7hp pada 9,500rpm dan tork 14.4Nm pada 8,000rpm. Sistem klac jenis Assist & Slipper pula memastikan proses penukaran gear yang lebih lancar.

Antara kelengkapan lain yang dipadankan pada Y16ZR 2024 adalah fork teleskopik di bahagian hadapan, saspensi belakang jenis monoshock, paparan meter LCD dengan latar belakang negative, sistem kunci pintar, rim 17 inci dengan tayar hadapan bersaiz  90/80 dan belakang 120/70, kerangka Backbone, lampu-lampu LED, soket pengecas 12V, pelana setinggi 795mm, berat 119kg serta tangki bahan api 5.4 liter.

Yamaha Y16ZR 2024 hadir dalam tiga pilihan warna yang menarik iaitu Violet Knight, Ocean Neon dan Mag Grey. Model ini ditawarkan pada harga bilik pameran yang disyorkan RM11,398 dengan waranti selama 2 tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu). 

Pemilik jentera ini juga akan menerima kunci cakera Yamaha yang bernilai RM100 secara percuma. RR  

Isu Pada

Mac 2023

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.