☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 4 Mac 2024

Edisi Terhad MV Agusta Brutale 1000 RR Nurburgring Masuki Pasaran Malaysia. Harga RM399,900

Bersempena dengan kembalinya jenama motosikal ikonik MV Agusta ke pasaran negara, AFY Mobility Industries Sdn Bhd (AMI) selaku pengedar rasmi MV Agusta di Malaysia telah melancarkan sebuah model yang cukup istimewa iaitu MV Agusta Brutale 1000 RR Nurburgring Limited Edition. Majlis pelancaran yang diadakan di pusat pameran MV Agusta Malaysia telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan Kumpulan AMI, Dato' Jeffrey Lim beserta para VIP dan jemputan lain.

Para VIP bersama En. Maurizio dari Itali (atas motor) yang berpeluang bergambar kenangan bersama MV Agusta Brutale 1000RR Nurburgring LE.

MV Agusta Brutale 1000 RR Nurburgring LE dihasil berasaskan litar lagenda Nurburgring yang terletak di Jerman. Hanya dikeluarkan sebanyak 150 unit sahaja di peringkat global dan hanya satu unit daripadanya dijual di Asia, lebih tepat lagi iaitu di negara kita dengan nombor siri 90/150. Oleh kerana ia adalah sebuah model terhad, eksklusif dan sangat unik, harga yang ditawarkan ialah RM399,900.

Brutale 1000 RR edisi terhad ini disempurnakan dengan enjin 998cc, 4 silinder sebaris yang menghasilkan hantaran kuasa setinggi 208hp pada 13,000rpm dan tork 116.5Nm pada 11,000rpm. Model ini juga hadir dengan kotak gear 6 kelajuan, komponen gentian karbon (termasuk rim), sistem brek jenis Brembo Stylema, panel meter TFT 5.5", sistem saspensi jenis Ohlins, pencahayaan LED dan kemasan yang berkualiti sangat tinggi.

Turut dipadatkan padanya ialah sistem elektronik terkini seperti Quick-Shift MV EAS 3.0 (Electronically Assisted Shift Up & Down), Mod Tunggangan, Traction Control, Wheelie Control, sistem penyambungan MV Ride App dan sistem ABS. Model ini turut dilengkapkan dengan Kit Perlumbaan Nurburgring yang terdiri daripada ECU perlumbaan, sistem ekzos penuh Arrow Titanium serta penambahan komponen gentian karbon lain.

Turut dipamerkan ialah barisan model-model MV Agusta lain yang turut berada di pasaran negara seperti Brutale 1000 RS (RM168,800), F3 RR (RM145,800), Fs Rosso (RM111,800), Superveloce (RM138,800), Dragster RR (RM148,800), Dragster Rosso (RM99,800), Brutale Rosso (RM96,800), Turismo Veloce Lusso (RM140,800) dan Turismo Veloce Rosso (RM99,800).

En. Johari Ahmad menunjukkan sistem ekzos penuh, Arrow yang ditawarkan buat pemilik MV Agusta Brutale 1000 RR Nurburgring LE.
En. Johari Ahmad menunjukkan sistem ekzos penuh, Arrow yang ditawarkan buat pemilik MV Agusta Brutale 1000 RR Nurburgring LE.

Sebagai wakil sebuah jenama motosikal yang memiliki reputasi tinggi di peringkat global, AMI akan memastikan para pemilik MV Agusta akan menerima layanan servis lepasan jualan yang baik. Pusat pameran AFY Two Wheels SEA Sdn Bhd beroperasi di Seksyen 51A, Petaling Jaya dan beroperasi hari Isnin hingga Jumaat dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang. RR

Isu Pada

April 2024

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.