☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 2 April 2024

Mforce Bike Lancarkan Dua Skuter Terbaru, SYM MAXSYM TL508 & HUSKY 150

Mforce Bike Holdings Sdn Bhd telah melancarkan dua buah skuter terbaru iaitu SYM MAXSYM TL508 & HUSKY 150 yang didatangkan dengan rekabentuk yang cukup mantap serta spesifikasi yang padu. Kehadiran dua model tersebut pastinya merancakkan lagi pasaran skuter di Malaysia. Pengenalan kepada kedua-dua model tersebut disempurnakan di majlis jamuan iftar yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di Setia Alam.

MAXSYM TL hadir dengan enjin padu 508cc, kembar parallel yang menghasilkan hantaran kuasa setinggi 33.5kW pada 6,750rpm dan tork 49.9Nm pada 5,250rpm. Turut menyempurnakan skuter maksi ini ialah kepelbagaian ciri-ciri moden seperti sistem Traction Control (TCS), sistem ABS, panel meter TFT, sistem Kunci Pintar dan lampu-lampu LED rekabentuk baru.

Rekabentuk luarannya nampak mewah dan gagah. Ruang kokpik penunggang luas dan eksklusif manakala ruang simpanan barang bawah pelananya juga cukup luas. Lantai pemijaknya yang besar membolehkan penunggang menukar posisi kaki dengan selesa untuk perjalanan jauh. Model baru ini ditawarkan pada harga RM46,888 dengan tiga pilihan warna iaitu Indigo Blue, Storm Grey dan Jet Black.

SYM Husky 150 pula merupakan sebuah skuter lasak yang memiliki enjin 150cc (sistem sejukan cecair) berkuasa 14.47hp dan tork 14.5Nm. Pelbagai ciri-ciri pada model ini termasuklah ABS Dual Channel, sistem Traction Control System, panel meter digital, sistem Kunci Pintar, Emergency Ignition Mode (enjin boleh dihidupkan walaupun bateri sudah lemah) dan tangki petrol 15 liter.

Sistem pencahayaan untuk Husky 150 baru ini adalah jenis LED yang memberi keyakinan buat pemiliknya menunggang pada bila-bila masa. Ada dua harga jualan untuk skuter ini iaitu RM10,298 (Special Edition * Matte Green & Wolf Gray) dan RM9,998 untuk warna Ebony Black & Pure White.

Kedua-dua skuter baru dari SYM ini akan berada di pasaran tidak lama lagi. RR

Isu Pada

Mei 2024

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.