☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 24 Mei 2024

Moto Morini Seiemmezzo SCR Tiba Di Malaysia – Harga Asas RM33,888

Pada tahun 2022, Moto Morini Malaysia telah memperkenalkan model X-Cape 650. Kini selepas dua tahun, Mforce Bike Holdings telah mengembangkan lagi jenama Moto Morini dengan memperkenalkan model keduanya bagi pasaran negara iaitu Seiemmezzo SCR.

Moto Morini Seiemmezzo SCR merupakan jentera bagi segmen scrambler yang menampilkan rekabentuk dengan gaya retro. Model ini menggunakan enjin berkapasiti 649cc, dua silinder sebaris, 4 lejang dengan sistem penyejuk cecair sekaligus dapat menghasilkan kuasa maksimum 44.5kW pada 8,250rpm dan tork 54Nm pada 7,000rpm. Model ini juga disempurnakan dengan sistem suntikan bahan api serta kotak gear 6-kelajuan.

Model ini dilengkapi saspensi depan jenis fork USD KAYABA 43mm manakala belakang menggunakan penyerap hentak tunggal KAYABA. Roda hadapan 18 inci dipadankan dengan cakera berkembar 298mm dan belakang cakera tunggal 255mm. Ciri keselamatan dipermantapkan lagi bersama sistem ABS dua saluran.

Berikut adalah ciri lain yang ditawarkan pada Seiemmezzo SCR:

  • Paparan meter TFT 5 inci dengan sambungan bluetooth
  • Tangki bahan api 16 liter
  • Berat kering 200kg
  • Tinggi pelana 810mm

Moto Morini Seiemmezzo SCR ditawarkan pada harga asas RM33,888 (tanpa insurans dan cukai jalan) dengan tiga pilihan warna seperti Green, Black dan Blue. RR

Isu Pada

Julai 2024

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).