☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 28 Ogos 2024

Motosikal dan Enjin Nasional (MODENAS) Perkenalkan Logo Baru, Lancarkan KRISS 110 Fi

Motosikal dan Enjin Nasional (MODENAS) dengan rasminya melancarkan logo serba baru 2024 dalam usaha memperkembangkan jenama motosikal nasional itu ke peringkat global. Rekabentuk baru logo MODENAS ini diinspirasikan dari simbol “M” yang mencerminkan keberanian serta lebih moden.

Dengan pengenalan kepada logo dan identiti serba baru, MODENAS bersedia untuk membawa keseronokan masyarakat, dengan menyediakan nilai, teknologi, dan produk lestari di peringkat global.

Model sulung daripada MODENAS yang dilengkapkan dengan logo baru ini, Kriss 110 Fi turut dilancarkan. Jentera yang dianggap sebagai ikon rakyat ini telah dinaik taraf dengan enjin Euro 4 dan sistem suntikan bahan api.

Model baru ini juga hadir dengan pengecas USB, tayar bersaiz 17-inci ‘tubeless’ dan ditawarkan dalam dua varian iaitu standard (dengan brek drum) berharga RM4,599 manakala varian brek cakera boleh dimiliki pada nilai RM4,998.

Dikhabarkan pihak MODENAS sudah pun mengeksport model-model baru ke pasaran Filipina yang lengkap dengan logo 'MODENAS' terbaru. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).