☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 23 September 2024

ZEEHO AE4 Dilancarkan Di Malaysia - Harga RM6,999

Bersempena dengan perasmian pembukaan CFMOTO Flagship Store - Icity Motorworld di Shah Alam, CFMOTO Malaysia turut memperkenalkan jenama motosikal elektrik terbaru untuk pasaran negara iaitu ZEEHO.

Antara model pertama ditawarkan oleh CFMOTO Malaysia iaitu ZEEHO AE4 merupakan sebuah skuter elektrik yang menampilkan rekabentuk estetika dengan mengekalkan gaya sci-fi.

Model ini ditawarkan dengan kuasa motor elektrik 1.6kW yang boleh menjana sehingga 3kW. ZEEHO AE4 dilengkapi pek bateri jenis lithium yang berkapasiti 74V 27Ah sekaligus dapat menggerakkan skuter elektrik ini sekitar 63 kilometer. Pengecasan mengambil masa 5.5 jam dari 0 peratus hingga 80 peratus. Menurut pihak CFMOTO Malaysia, bateri tersebut disimpan di bawah lantai tempat meletakkan kaki dan tidak boleh dicabut.

Sebagai sebuah skuter elektrik, AE4 mampu memecut dari 0 - 30km/j dalam tempoh 3.5 saat. Terdapat dua mod tunggangan iaitu Eco yang boleh mencapai kelajuan sehingga 33km/j dan Sport pula 65km/j.

Antara ciri-ciri menarik yang dipadankan adalah lampu-lampu LED, paparan meter LCD berwarna, sistem pengaktifan menggunakan kad NFC, ruang simpanan di bawah pelana 31 liter, brek-brek cakera tunggal, sistem ABS, Cruise Control, Over-The-Air (OTA), fork teleskopik, penyerap hentak berkembar dengan lima tahap pelarasan di belakang dan berat 96kg.

Skuter elektrik ZEEHO AE4 didatangkan dengan tiga pilihan warna iaitu Nebula White, Helios Orange dan Velocity Gray yang ditawarkan pada harga asas RM6,999 (tanpa insurans dan cukai jalan). RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).