☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 25 September 2024

Voge RR 660 S 2025 Bakal Masuki Malaysia Tahun Depan?

Ketika berlangsungnya persidangan para pengedar motosikal di China Februari tahun lalu, Voge telah pun mengumumkan beberapa model baru ketika itu antaranya ialah sebuah model sport, RR yang ketika itu masih dipanggil "660 Infinity". Pada September 2023, Voge mempersembahkan pula model sport serba baru dengan enjin empat silinder dan ketika itu sudah bersedia untuk memasuki fasa pengeluaran. Model 'konsep' itu dilihat hadir dengan menggunakan lengan ayun tunggal tetapi versi akhir untuk RR 660S didatangkan dengan lengan ayun sepasang.

Voge RR 660 S baru muncul buat pertama kalinya di khalayak ramai (China) pada Mac 2024. Model ini disempurnakan dengan enjin 663cc, empat silinder dengan kuasa maksimum 100hp (74 kW) dan walaupun dalam kategori pertengahan dengan keberatan 215 kilogram dan ya...ia hadir dengan lengan ayun biasa (bukan tunggal). Nama Voge akhirnya muncul di Malaysia pada bulan Mei yang lalu di acara Malaysia Autoshow 2024 dengan memperkenalkan beberapa model menarik.

kredit foto: www.motorradonline.de
kredit foto: www.motorradonline.de

Pada pertengahan September lalu, Voge RR 660 S 2025 telah dipertontonkan di pameran motosikal (CIMA) di Chongqing. Model baru ini disempurnakan dalam warna merah menyala dan hadir dengan sayap pada fairing hadapan. Seperti sebelum ini, versi baru masih menawarkan spesifikasi enjin yang sama iaitu bersesaran 663cc, DOHC, 16 injap yang menawarkan hantaran kuasa maksimum 100hp (74 kW) pada 11,500rpm dan tork maksimum 64Nm pada 10,000rpm.

Kredit foto: www.motorradonline.de
Kredit foto: www.motorradonline.de
Kredit foto: www.motorradonline.de
Kredit foto: www.motorradonline.de

Jentera ini dikatakan mampu dipecut sehingga mencapai 235 km/j dengan tahap pecutan dari 0 hingga 100 km/j hanya dalam masa 3.5 saat sahaja. Voge juga menyediakan model ini dengan sistem brek yang mengagumkan dari Brembo (298 mm depan, 240 mm belakang), dengan pakej cakera berkembar beserta sistem ABS, kotak gear 6-kelajuan beserta sistem Quick Shifter dan sistem Traction Control.

Kredit foto: www.motorradonline.de
Kredit foto: www.motorradonline.de

Ketinggian tempat duduk boleh ubah kepada tiga tahap (780, 810 atau 830 mm) yang memberikan posisi menunggang bersesuaian dengan saiz pemiliknya. Model ini ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Merah, Hitam dan Putih.

Adakah model mantap ini akan dibawa masuk ke pasaran negara tahun 2025 nanti? Kita tunggu apa plan Mforce Bike....RR

Antara ciri-ciri menarik ialah:

  • Isi tangki: 15 liter
  • Berat: 215 kg
  • Fork teleskopik USD 43mm jenis Kayaba (KYB)
  • Panel meter TFT
  • Sistem pencahayaan LED

sumber: http://www.motorradonline.de

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).