☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 6 November 2024

EICMA 2024: Moto Morini Perkenalkan Model Ikonik, 3 1/2 Baru

Moto Morini meraikan ulang tahun ke-50 model ikonik yang dikenali sebagai '3 1/2' dengan memperkenalkan di pameran motosikal antarabangsa EICMA semalam. Penampilan Moto Morini 3 1/2 baru adalah habis gabungan klasik, moden dan dinamik.

Moto Morini 3 1/2 disempurna 60° V-twin baharu yang  berkeupayaan menjana kuasa tertinggi 32.6 hp dan tork 31 Nm. Untuk pengendalian yang mantap, kerangka model dihasil menggunakan keluli yang dipadankan dengan fork hadapan USD 43 mm dan lengan ayun aluminium serta penyerap hentak tunggal.

Jentera gaya retro ini hadir dengan lampu utamanya jenis LED berbentuk bulat di hadapan dan belakang yang memiliki tahap pencahayaan cukup terang. Panel meter 3 1/2 ini jenis TFT yang direka berbentuk bulat, lengkap dengan sistem navigasi.

Rekabentuk pelananya cukup selesa dan hanya setinggi 780mm sahaja dan berat 165kg, sesuai untuk semua jenis penunggang tidak kira lelaki mahupun wanita. Tayar hadapan bersaiz 110/70 ZR17 dan belakang 150/60 ZR17 yang dikawal oleh brek-brek cakera yang mantap beserta sistem ABS.

Warna merah gelap yang ditampilkan memang cukup anggun serta digabungkan bersama corak berwarna hitam pada bahagian tangki yang bersaiz 15 liter. Adakah pihak Mforce yang selaku pengedar rasmi jenama ini di Malaysia akan memperkenalkan model ini kelak? Sama-sama kita tunggu. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.