☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 11 November 2024

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

Jenama Voge mula dikenali di Malaysia sejak pengenalan kepada dua model barunya iaitu FR150 Formica Rossa dan CU525 di pameran Malaysia Autoshow 2024 beberapa bulan yang lalu. Tidak dinafikan model-model ini sudah mula mendapat sambutan yang positif di kalangan para peminat motosikal di negara kita.

Beberapa hari lalu, Voge menggunakan pentas global iaitu di EICMA untuk melancarkan model kembara terbarunya iaitu Valico 800DS. Ia adalah sebuah jentera yang memberi cabaran dalam segmen Kembara/Adventure.

Kredit foto: EICMA 2024.
Kredit foto: EICMA 2024.

Valico 800DS didatangkan dengan lampu LED dan cermin pengadang angin yang hampir menegak tetapi tidak dinyatakan sama ada ia boleh laras atau tidak. Bahagian hadapan turut disempurnakan dengan panel meter TFT berwarna yang lengkap sistem penyambungan telefon pintar. Sudah pasti model ini juga lengkap dengan sistem navigasi dan beberapa ciri-ciri elektronik yang moden.

Valico 800DS Rally hadir dengan enjin dua silinder kembar selari 798cc yang memberikan hantaran kuasa 94hp dan tork 81 Nm. Pengendalian dalam pelbagai jenis cuaca boleh dikawal oleh penunggang melalui pelbagai Mod Tunggangan. 

Posisi menunggangnya tegak, natural dan cukup selesa untuk pengembaraan jarak jauh, cuma ia agak tinggi (850mm). Namun begitu, tangki 24 liter Voge ini direka ramping, membuatkan penunggang lebih mudah mengepit jentera ini untuk meningkatkan kualiti tunggangan khususnya di laluan-laluan lasak.

Tayar Valico 800DC bersaiz 18 inci (depan) dan 21 inci (tiubless) yang dipadankan dengan rim jenis berjejari. Sistem saspensi depan dan belakang dari jenis Kayaba (KYB) yang kedua-duanya boleh dilaras. Selain Mod Tunggangan, model kembara baru dari Voge ini hadir dengan sistem ABS dan sistem Traction Control.

Voge telah bekerjasama dengan pihak BMW Motorrad hampir dua dekad yang lalu dan telah pun berjaya menghasilkan beberapa model yang ditunggang oleh ribuan peminat dua roda di seluruh dunia. Dalam dunia jentera kembara, hasil kolaborasi kedua-dua syarikat ini telah menampilkan model BMW F 900 GS yang kemudiannya memberi pengenalan kepada DS900SX (model berasaskan F 900 GS). 

Voge DS900SX.
Voge DS900SX.

Apa yang boleh kita harapkan ialah agar pihak Mforce Bike yang selaku pengedar rasmi Voge di Malaysia akan terus membawa masuk model-model baru jenama ini dari masa ke semasa. RR

Ciri-ciri menarik:

  • soket USB
  • pemanas pelana
  • pemanas pendikit
  • berat 213 kg.

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).