☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 14 November 2024

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

Seperti biasa, Ducati memilih pameran motosikal antarabangsa EICMA untuk melancarkan Panigale V2 dan Streetfighter V2 yang memiliki ketangkasan dan kemantapan prestasi untuk tunggangan di jalanan biasa mahupun di litar.

Kedua-dua model dilengkapkan dengan platform IMU enam paksi dengan pakej sistem elektronik lengkap dan berkesan untuk meningkatkan keselamatan dijalan raya atau sewaktu berada di litar. Pakej elektronik termasuk ABS Cornering with slide-by-brake Functionality, Ducati Traction Control, Ducati Wheelie Control, Engine Brake Control dan sistem Ducati Quick Shift 2.0 seperti mana yang digunakan pada V4.

Versi S pula dilengkapi dengan Ducati Power Launch dan Pit Limiter sebagai ciri-ciri standard. Penunggang boleh mengubah karaktor jentera ini serta-merta dengan memilih 4 Mod Tunggangan (Race, Sport, Road, Wet) yang menawarkan hantaran kuasa berbeza. Segala penetapan ini boleh ditala menerusi panel meter TFT berwarna penuh bersaiz 5”.

Panigale V2 & V2 S

Hadir dalam 1 warna sahaja iaitu Ducati Red. Model baru ini disempurnakan dengan enjin 890cc V2 yang memiliki hantara kuasa setinggi 120hp pada 10,750rpm dan tork 93.3Nm pada 8,250rpm.

Ducati Panigale V2 baru ini didatangkan dengan dua varian iaitu V2 dan V2 S. Varian V2 S memberikan respon yang cukup mantap menerusi penggunaan fork hadapan Öhlins NIX 30 dan penyerap hentak di belakang juga dari jenama Öhlins.

Untuk varian standard pula, ia hadir dengan fork hadapan Big Piston Fork (BPF) jenis Showa, dipadankan dengan penyerap hentak tunggal Sachs di bahagian belakang.

Kerangka jenis monoque bukan sahaja memiliki ketegaran tinggi tetapi juga menyumbang kepada pengendalian yang mudah serta tepat. V2 dan V2 S dipadankan dengan lampu-lampu LED yang kemas dan cukup terang. Untuk kecekapan menunggang, kedua-dua model ini disempurnakan dengan sistem brek cakera jenis Brembo. V2 S seberat 175kg manakala V2 pula seberat 179kg.

Streetfighter V2 S

Seperti Panigale V2, kedua-dua varian turut ditawarkan hanya berwarna merah. Streetfighter V2 S juga memiliki enjin 890cc, 120hp pada 10.750rpm dan 93.3Nm pada 8,250rpm dengan kepelbagaian Mod Tunggangan dan sistem multimedia (DMS).

Streetfighter V2 S seberat 176kg (V2 – 175kg). Pengendalian mantap varian ini disumbangkan oleh fork hadapan jenis MIX-30 sera penyerap hentak belakang juga dari jenama Ohlins.

Brek-brek jenis Brembo M5 disempurnakan pada tayar-tayar (120/70-17 depan, 190/55-17 belakang) Ducati ini untuk respon yang tepat dan cepat. V2 S menggunakan bateri jenis Lithium manakala V2 hadir dengan bateri Lead-Acid. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).