☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 3 Disember 2024

Rieju Xplora 557 dan 707, Model 'Crossover' Baru dari Sepanyol.

Reiju merupakan jenama dari Sepanyol yang diasaskan pada tahun 1934 dan produk sulung jenama ini dikeluarkan pada tahun 1945 yang merupakan sebuah basikal berenjin 38cc. Motosikal 'sempurna' pertama keluaran Reiju bersesaran 175cc hadir ke pasaran pada tahun 1953.

Reiju Xplora 707.
Reiju Xplora 707.

Pengalaman luas jenama ini sememangnya tidak perlu disangkal malah Reiju merupakan jenama yang disegani dalam dunia perlumbaan lasak seperti Dakar Rally, Enduro dan Motocross.

Terbaru, Reiju memperkenalkan dua model kembara 'crossover' iaitu Xplora 557 dan Explora 707 yang sebahagian besarnya diilhamkan dari projek MV Agusta LXP Orioli. Ini boleh dilihat dengan sangat jelas menerusi lampu hadapan jenis LED, fairing diperkemas dan tentunya bahagian belakang.

Reiju Xplora 557.
Reiju Xplora 557.

Xplora 557 dilengkapi dengan enjin bersesaran 554cc, silinder berkembar dengan hantaran kuasa maksimum setinggi 47.6hp dan tork 51Nm. Reiju Xplora 707 pula dikuasakan oleh enjin silinder berkembar menghasilkan 70hp dan tork 70Nm.

Kedua-duanya mempunyai pelana setinggi 795 mm dan perbezaan berat kering hanya 3 kg: 218 kg untuk Xplora 557 dan 221kg untuk Xplora 707.

Bahagian casis dan kerangka untuk kedua-dua model adalah seiras. Ia menampilkan fork hadapan USD berdiameter 43mm yang digabungkan dengan penyerap hentak tunggal (di belakang) dengan pelarasan pra-beban dari KYB.

Reiju turut melengkapkan kedua-dua siri dengan sepasang brek cakera bersaiz 320mm dan cakera belakang 260mm dari Brembo beserta sistem ABS.

Paparan meter jenis TFT bersaiz 7-inci kini dengan teknologi 'Mirror Link'. Dengan penyambungan di antara motosikal dan telefon pintar, pemilik Reiju ini boleh menikmati pengembaraan dengan lebih mudah dan menyeronokkan.

Xplora 557 hadir tayar hadapan dan belakang bersaiz 17-inci manakala Xplora 707 pula didatangkan dengan tayar hadapan lebih besar, 19-inci. Rieju Xplora 557 dan 707 akan tersedia mulai awal 2025. RR

Kredit foto: EICMA

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.