☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 17 Disember 2024

Triumph Tiger Sport 660 2025 Lebih Mantap!

Triumph Tiger Sport 660 tahun 2025 menawarkan pelbagai teknologi baru yang cukup sesuai buat penunggang baharu dan pada masa yang sama meningkatkan tahap pasaran agar lebih kompetitif.

Jentera yang disempurnakan dengan enjin tiga silinder dan pengendalian tangkas, Tiger Sport 660 sememangnya sesuai untuk penunggang yang mahukan sebuah jentera yang serasi dengan keperluan mereka. Memang boleh dijadikan 'teman' untuk ke bandar atau menerokai pelbagai destinasi setiap hujung minggu.

Hadir dengan enjin 660cc, tiga silinder, sistem penyejuk cecair DOHC yang berkuasa 81bhp pada 10,250rpm dan tork 67.4Nm pada 6,250rpm.

Triumph Motorcycles telah menambah teknologi canggih yang biasanya dimiliki oleh jentera berkapasiti besar, termasuk mod tunggangan 'Sport' baharu (Mod sedia ada: Road & Rain), sistem sambungan telefon pintar dengan navigasi, Cruise Control,  dan Triumph Shift Assist Quickshifter, Traction Control dan sistem Cornering ABS yang memastikan perjalanan kita selamat dan menyeronokkan.

Segala informasi dan talaan dapat dipilih menerusi panel meter TFT berwarna penuh yang turut dilengkapkan dengan sistem My Triumph Connectivity yang memudahkan perjalanan.

Jentera ini membuktikan Triumph sedia memberi saingan dalam pasaran jentera kembara kelas pertengahan. Antara yang telah dipertingkatkan dengan perincian reka bentuk lebih baik seperti braket pannier bersepadu, tangki bahan api 17.2 liter untuk perjalanan lebih jauh, cermin depan boleh dilaraskan  (hanya guna satu tangan).

Fork hadapan USD jenis Showa, dipadankan dengan penyerap hentak tunggal di belakang dengan pelarasan pra-beban untuk memastikan menunggang solo, berdua atau dengan muatan penuh boleh dinikmati dengan selesa. Brek-brek jenis Nissin (depan 310mm, belakang 255mm) beserta ABS.

Pihak Triumph juga menyediakan lebih daripada 40 aksesori pelbagai pilihan termasuk Top Box lebih besar, Rak Barangan, belly pan dan banyak lagi.

Model ini ditawarkan dalam tiga warna premium menarik iaitu Sapphire Black (terbaru), Roulette Green, Carnival Red stsu Crystal White. Model baru ini dijangka akan tiba di pusat pengedar bermula di Eropah pada bulan Januari 2025. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.