☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 19 Disember 2024

JEDI FR 750: Jentera Sport Gaya 'Nostalgia' 80an

Memang cun...memang 'rare'... memang retro. Itulah kata-kata yang paling sesuai untuk menggambarkan rekabentuk model baru daripada Jedi Motorcycle iaitu Fashion Retro (FR) 750 yang menggabungkan rekabentuk retro dan teknologi moden.

Model menerima pujian ramai, malah ada yang menggelarkannya "A Sportbike with a retro flavor." Sistem pencahayaan FR750 adalah dari jenis LED yang cukup terang dan tajam (sharp). Rekaan fairing sisi memang lain daripada yang lain terutamanya pada bahagian belakang.

Rekaannya dihasilkan oleh Marabese, syarikat pembinaan motosikal yang beroperasi di Itali dan memiliki pengalaman dalam dunia rekabentuk lebih daripada 40 tahun.

FR750 disempurnakan dengan enjin 730cc, silinder kembar, DOHC, sistem penyejuk cecair yang menawarkan hantaran kuasa setinggi 50.5kW pada 7,500rpm dan tork 67Nm pada 6,500rpm.

Bahagian depan hadir dengan panel meter TFT berwarna penuh yang memaparkan segala informasi dengan jelas. Bar hendalnya yang lebar membantu pengendalian menjadi lebih mudah. Suis-suis kawalan yang terdapat pada bar hendal ini dilengkapkan dengan lampu latar belakang - mudah untuk tunggangan malam.

Pelana direka kemas tetapi sudut lekukannya dirasakan lebih selesa untuk ditunggang solo walaupun ia juga sesuai untuk membawa pembonceng. Untuk tampak lebih kemas, FR750 didatangkan dengan sistem ekzos pendek.

Jedi FR750 hadir dengan tayar hadapan 120/70R17 dan tayar belakang 160/60R17 yang dikawal sebaiknya oleh brek-brek cakera yang mantap. Terdapat beberapa warna menarik untuk model ini antaranya Merah/Putih, Hijau/Kelabu dan Merah Gelap/Kelabu. RR

Kredit foto: http://www.marabese.it dan http://www.jedimotor.com

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.