☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 Januari 2025

3 Model Baru, 1 Model Pra-tonton dari Mforce Bike Holdings

Mforce Bike Holdings Sdn Bhd telah melancarkan 3 model terbaru iaitu VOGE CU525, MORBIDELLI T1002VX, SYM HUSKY 300 dan mempertontonkan satu lagi model iaitu KEEWAY RKR250 yang bakal hadir ke pasaran negara pada bulan April depan. 

VOGE CU525 merupakan pesaing baru dalam segmen cruiser tanahair. Hadir dengan enjin 494cc,  dua silinder sebaris, DOHC, sistem penyejuk cecair yang mampu menghasilkan hantaran kuasa setinggi 39.6kW dan tork 50.5Nm.

Antara ciri-ciri menarik ialah sistem pencahayaan LED, panel meter digital, sistem ABS dan sistem Traction Control. Demi keselesaan, sistem saspensinya menggunakan fork USD bagi bahagian hadapan dan belakang adalah penyerap hentak berkembar.

VOGE CU525 ditawarkan dalam tiga warna pilihan iaitu Biru, Hitam dan Hijau pada harga asas RM29,888.

Kembara ribuan kilometer dengan MORBIDELLI T1002VX yang bukan sahaja menawarkan spesifilasi enjin yang mantap tetapi juga rekabentuk yang garang lebih-lebih lagi menerusi lampu hadapan LED gaya 'X'.

Model kembara ini disempurnakan dengan enjin 997cc, 2 silinder, 4 lejang, sistem sejukan cecair. Antara yang menarik ialah pakej brek cakera beserta sistem ABS dwi-saluran, fork hadapan USD boleh laras, penyerap hentak belakang tunggal boleh laras, pelindung tangan dan tangki bersaiz 20 liter. Dengan adanya sistem ride-by-wire, model ini. hadir dengan 4 mod tunggangan (Standard, Sport, Rainy dan Offroad), sistem Traction Control, Auto Cruise, soket USB dan lampu kecemasan. 

Model ini juga memiliki aplikasi khas iaitu MBP Connect yang membolehkan penunggang jentera ini mendapatkan akses kepada pelbagai informasi tambahan seperti rekod penyelenggaraan, sistem navigasi, audio, lokasi bengkel dan macam-macam lagi. Dua warna menarik menanti anda iaitu Hitam dan Putih yang boleh dimiliki pada harga RM53,888.

Ingat skuter adventure Husky 150? Kali ini datang pula pilihan terbaru dengan enjin yang lebih besar iaitu HUSKY 300. Skuter maksi premium ini ditawarkan pada harga RM23,888 dengan tiga warna menarik iaitu Putih, Kelabu dan Hitam.

Dikuasakan oleh enjin 278cc, silinder tunggal, sistem penyejuk cecair yang mampu menjanakan hantaran kuasa setinggi 19kW pada 8,000rpm dan tork 26.0Nm pada 6,000rpm. Rekabentuk hadapannya cukup mantap, dipadankan dengan lampu-lampu LED berbentuk V yang menyerlahkan lagi identitinya, Panel meter TFT berwarna penuh memberikan maklumat yang cukup jelas dan sempurna.

Untuk keserasian menunggang skuter ini di pelbagai jenis laluan, SYM Husky 300 dilengkapi dengan sistem ABS dwi-saluran, sistem Traction Control, penyerap hentak teleskopik (depan), penyerap hentak berkembar (belakang) dan tangki bahan api yang bersaiz 16 liter.

Satu lagi model yang sempar dipertontonkan ialah KEEWAY RKR250 yang merupakan sebuah model Supersport berkuasa 250cc. Spesifikasi penuh model ini masih tidak dikongsikan tetapi apa yang dapat dilihat menerusi paparan ialah rekabentuknya yang agak garang.

Lampu-lampu jenis LED, kerangka aluminium, tayar hadapan dilengkapkan dengan brek cakera tunggal beserta ABS, sistem ekzos mantap, skima warna Hitam/Emas yang cukup menonjol.

Apa tunggu lagi kawan-kawan? Kunjungi wakil pengedar Mforce Bike berdekatan dengan anda untuk melihat model-model baru ini dengan lebih dekat. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).