☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 21 Mac 2025

BENDA Chinchilla 500 Masuki Pasaran Negara – RM27,888

BENDA Malaysia telah memperkenalkan jentera cruiser kelas pertengahan untuk pasaran negara iaitu BENDA Chinchilla 500. Hadir dalam tiga pilihan warna iaitu Hitam, Biru dan Kelabu, jentera ini ditawarkan pada harga asas bermula RM27,888 tanpa insurans dan cukai jalan.

BENDA Chinchilla 500 didatangkan dnegan enjin V-Twin yang bersesaran 475.6cc, DOHC  dengan hantaran kuasa maksimum 35.0kW pada 9,000rpm dan tork 42.Nm pada 7,200rpm. Fungsi Side Stand Safety Switch pada model ini mengelakkan enjin motosikal hidup ketika penukaran kedudukan gear dalam keadaan tongkat sisi tidak dinaikkan. Sistem pacuan akhir jenis tali sawat pula merupakan medium bagi menawarkan kelancaran jentera ketika menunggang.

Penggayaan model ini adalah sebagai sebuah motosikal retro yang boleh dilihat menerusi lampu utamanya yang berbentuk bulat, namun menawarkan pencahayaan jenis LED. Lampu belakang dan lampu isyarat juga adalah jenis LED.

Sistem keselamatan yang ada pada Chinchilla 500 ini ialah ABS dua saluran dan sistem Traction Control (TCS) untuk meningkatkan lagi kestabilan jentera ketika memecut mahupun brek secara mengejut.

Model ini hadir dengan pelana penunggang dan pembonceng yang berasingan supaya dapat meningkatkan lagi tahap keselesaan. Sistem ekzos berkembar tampil dengan bunyi deruman yang garau dan ‘bassy’.

Kelengkapan lain yang terdapat pada jentera cruiser ini adalah meter TFT, fork teleskopik jenis USD, penyerap hentak berkembar di belakang, tangki bahan api 16 liter, berat 215kg, brek cakera 320mm (depan), brek cakera 260mm (belakang), slipper clutch, tinggi pelana 705mm serta soket pengecas USB Type-A dan Type-C.

BENDA Chinchilla 500 sudah boleh didapati di semua pengedar sah Mforce seluruh Malayia. Bagi setiap pembelian model ini, pmilik akan menikmati waranti kilang jarak perjalanan tanpa had selama dua tahun serta Perkhidmatan Pembelian Alat Ganti Tulen Atas Talian oleh Mforce bike Holdings Sdn Bhd. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.