☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 29 Mei 2019

Triumph Lancar Lima Model Baru

Dato’ Razak Al-Malique (dua dari kanan) memperkenalkan lima model terbaru di ibu pejabat Triumph Malaysia.

Fast Bikes Sdn Bhd yang selaku pengedar rasmi motosikal Triumph di Malaysia telah memperkenalkan lima model terbaru yang cukup menarik iaitu Triumph Street Twin, Street Scrambler, Scrambler 1200 XC, Scrambler XE dan Speed Twin. Kelima-lima model tersebut ternyata mempunyai keistimewaan tersendiri dan semestinya sedang ditunggu-tunggu oleh para pencinta motosikal di Malaysia.

Model Street Twin terbaru menawarkan hantaran kuasa yang lebih mantap berbanding model sebelum ini dengan peningkatan 10Ps untuk mencapai kuasa maksimum setinggi 64bhp pada 7,500rpm dan tork 80Nm pada 3,200rpm. Selari dengan arus pembangunan teknologi terkini, Street Twin 2019 didatangkan dengan sistem elektronik terkini seperti mod tunggangan (Road & Rain) serba baru, Tyre Pressure Monitoring System (TPMS), Switchable Traction Control, Torque-Assist Clutch dan sistem ABS.

Untuk memberikan tunggangan penuh bermakna buat para pemilik jentera ini, Street Twin disempurnakan dengan brek jenis Brembo, posisi menunggang yang selesa (penunggang dan pembonceng), pengendalian yang mudah dan respon pendikit yang tepat. Triumph Street Twin ditawarkan pada harga asas bermula dari RM55,900 dengan tiga warna pilihan iaitu Matt Ironstone, Korosi Red dan Jet Black.

Street Twin
Street Twin

Street Scrambler pula merupakan sebuah mesin yang versatil dan cukup lasak. Jentera bersesaran 900cc ini menawarkan kuasa maksimum setinggi 64bhp pada 7,500rpm dan tork 80Nm pada 3,200rpm. Seperti Street Twin, model ini juga dipadatkan dengan teknologi terkini seperti mod tunggangan (Road, Rain dan terbaru iaitu Off-Road), Switchable Traction Control dan Switchable ABS.

Triumph Street Scrambler dipadankan dengan sistem ekzos kembar berlapis cukup garang, lampu belakang LED, soket pengecas dan sistem immobiliser. Model ini dijual pada harga bermula RM64,900 dengan empat pilihan warna iaitu Fusion White, Cranberry Red, Khaki Green dan Matt Aluminium. 

Street Scrambler
Street Scrambler

Triumph Scrambler XC & XE pula adalah 'hadiah' istimewa buat para pencinta dunia lasak yang sentiasa inginkan gaya dan keseronokan. Model XC adalah jentera sesuai untuk tunggangan di jalan raya dan di laluan lasak manakala model XE pula direka dengan keupayaan yang lebih mantap untuk tunggangan lebih mencabar.

Kedua-duanya didatangkan dengan saspensi belakang jenis Ohlins boleh laras yang berkeupayaan hebat mengawal jentera yang berkuasa 90Ps pada 7,400rpm dan tork 110Nm pada 3,950rpm. Model ini turut dikemaskan dengan penggunaan panel meter TFT, lampu-lampu LED dan DRL, panel suis jenis joystick, cruise control, pemanas pendikit, soket pengecas serta sistem kawalan GoPro untuk navigasi, Bluetooth dan muzik.

Scrambler 1200 XE
Scrambler 1200 XE
Scrambler 1200 XC
Scrambler 1200 XC

Antara ciri-ciri lain yang dimiliki oleh Scrambler XC & XE ialah enam jenis mod tunggangan, panel meter TFT, Optimised Cornerning ABS (model XE), Optimised Cornerning Traction Control (model XE), Inertial Measurement Unit (model XE), sistem gabungan kawalan GoPro dan sistem navigasi. Terdapat dua skima warna untuk kedua-dua model iaitu Jet Black/Matt Black, Khaki Green dan Brooklands Green untuk model XC manakala model XE bergaya dengan Fusion White/Brooklands Green, Cobalt Blue dan Jet Black. Scrambler XC dijual pada harga RM80,900 manakala model XE ditawarkan pada harga RM86,900.

Triumph Speed Twin semestinya model dicipta untuk mereka yang sukakan kelajuan, keselesaan dan penuh gaya. Dengan enjin bersesaran 1200cc, model ini memiliki kuasa hantaran setinggi 96bhp pada 6,750rpm dan tork 112Nm pada 4,950rpm yang masing-masing 49% dan 40% lebih tinggi berbanding model 2018.

Speed Twin
Speed Twin

Ia turut dilengkapkan dengan tiga mod tunggangan (Sport, Road & Rain), lampu-lampu LED dan DRL, tayar-tayar Pirelli Diablo Rosso III, sistem ABS, TC, pelana setinggi 807mm untuk pengendalian yang mudah, bagi memastikan setiap tunggangan lebih meyakinkan. Terdapat tiga pilihan warna menanti para pelanggan iaitu Silver Ice/Storm Grey, Korosi Red/Storm Grey dan Jet Black. Harganya pula ialah dari RM73,900.

Untuk maklumat lebih lanjut, layari www.triumphmotorcycles.my. RR

Isu Pada

Mei 2019

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.