Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 24 April 2025

BMW Motorrad Malaysia Memperkenalkan BMW S 1000 RR dan F 900 GS Adventure Baru. Harga bermula dari RM95,500

BMW Motorrad Malaysia telah memperkenalkan model sport terkini untuk siri BMW S 1000 RR dan jentera pengembaraan lasak iaitu BMW F 900 GS Adventure. Ketibaan kedua-dua model ini sudah pasti ditunggu-tunggu oleh para pecinta dua roda khususnya peminat tegar BMW.

BMW S 1000 RR

Model terulung inidibangunkan berasaskan legasi terdahulu, kini hadir dengan pelbagai peningkatan dari sudut teknologi, tahap keselesaan dan rekabentuknya yang agresif. Direka untuk prestasi maksimum, BMW S 1000 RR Serba Baharu dilengkapi dengan pendikit-pendek M baru yang memberikan respon lebih pantas. Model ini juga didatangkan dengan sayap aerodinamik baru untuk meningkatkan daya tekanan ke bawah dan fairing sisi juga diberikan sentuhan baru.

BMW S 1000 RR baru ini disempurnakan dengan enjin 999cc, 4-silinder sebaris, 4-lejang, 999cc yang menghasilkan hantaran kuasa tertinggi 154 kW (210 hp) pada 13,750 rpm dan tork 113 Nm pada 11,000 rpm. Dengan rekabentuk yang aerodinamik dan sistem transmisi 6-kelajuan jenis claw-shifted, S 1000RR ini mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 3.3 saat. Laju maksimumnya adalah melebihi 300 km/j.

BMW S 1000 RR Serba Baharu didatangkan dengan Pakej Perlumbaan yang merangkumi rantai M Endurance untuk ketahanan luar biasa, serta ekzos jenis Slip-on yang bukan sahaja meningkatkan prestasi, tetapi turut menghasilkan bunyi ikonik yang mengagumkan.

Pakej Dynamic juga disertakan sebagai ciri standard, menampilkan Dynamic Damping Control (DDC). Ciri Heated Grips dan Cruise Control turut dilengkapkan bagi memastikan tahap keselesaan terutamanya ketika menempuh perjalanan jauh.

Mod Tunggangan untuk model ini memang padu. Ia terdiri daripada RAIN, ROAD, DYNAMIC, RACE dan tiga lagi mod RACE PRO. BMW S 1000 RR ditawarkan pada warna Blue Stone Metallic yang menyerlah manakala versi Pakej M pula hadir dalam warna Light White Solid/M Motorsport.

Harag jualan untuk BMW S 1000 RR ialah RM 139,500.00 manakala untuk BMW S 1000 RR Pakej M ialah RM159,500.00.

BMW S 1000 RR (Pakej M).

BMW F 900 GS Adventure

BMW F 900 GS Adventure Baharu direka untuk penunggang yang mencari gabungan sempurna sebuah jentera penerokaan lasak dan pengembara jarak jauh. Model baru ini ditawarkan pada harga RM95,500.

Dengan prestasi enjin dan tahap fleksibiliti yang tiada tandingan, para pemilik F 900 GS pastinya dapat menikmati perjalanani yang mencabar dan luas. Pada asasnya, model kembara ini hadir dengan enjin 895-cc, 2-silinder, 4-lejang baru menghasilkan 77 kW (105 hp) pada 8,500 rpm dan tork 93 Nm pada 6,750 rpm. Model ini mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 3.7 saat dengan kelajuan tertinggi melebihi 200 km/j.

BMW F 900 GS Adventure baru dikemaskan dengan fork USD boleh laras yang menambah baik pengendalian dan kestabilan di pelbagai situasi tunggangan. Ini termasuklah ketika menunggang solo, bersama pembonceng, atau membawa bagasi tambahan. Untuk meningkatkan lagi keselesaan dan perlindungan, BMW F 900 GS Adventure dilengkapi dengan Pemanas Pendikit, Pelindung Tangan berkualiti tinggi dan Pelindung Enjin.

Sementara itu, pakej pilihan Ride Pro meningkatkan keupayaan BMW F 900 GS Adventure baru ini dalam beberapa aspek, terdiri daripada Tongkat Tengah, Rak Bagasi dan rantai tahan lasak M.

Antara ciri-ciri menarik:

  • Lampu hadapan LED beserta sistem DRL
  • Sistem Navigasi
  • Shift Assistant Pro
  • Dynamic ESA.
  • Mod Tunggangan (Rain, Road, Dynamic, Enduro and Enduro Pro)

BMW S 1000 RR Serba memberikan nafas baharu terhadap jentera Sportbike berprestasi tinggi, manakala BMW F 900 GS Adventure baru pula menetapkan tanda aras lebih tinggi dalam segmen motosikal pengembaraan. RR

Popular

  • Warta Roda

    WMOTO Griffin 205 Sudah Berada di Pusat Pengedar Mforce Smartshop

  • Warta Roda

    Art of Speed 2026: 15 Tahun Menyatukan Jiwa Kustom

  • Warta Roda

    Honda ADV160 Edisi Terhad Versi Spider-Man Dilancarkan - Bermula RM14,149

  • Berita Kelab

    Kembara Road Rider Crew Taiping 3.0 Sempena Ulang Tahun Kelab ke-4

  • Dari Litar

    Hakim Danish Kutip Mata Berharga Walaupun Berdepan Cabaran di Sachsenring

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027: Lebih Agresif....Kawalan Lebih Cekap

Model Viral, ZXMOTO 820RR Bakal Dilancarkan Di Malaysia. Harga bawah RM40,000

Harga Rasmi BMW F 450 GS Trophy Diumumkan - Bermula RM39,900

Suzuki Malaysia Pertonton SV-7GX di KLIMS

Morbidelli Perkenalkan SC200SR, ViZY 125 & C252V - Bermula RM4,988

SYM HUSKY 200 Curi Tumpuan di MBS 2026 - RM10,998

BRIXTON Sedia Mencabar Dengan 2 Model Baru - 625V dan Moucca 250

VOGE Perkenalkan Dua Model Kembara Baru: DS625X dan DS800X Rally

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Hakim Danish Kutip Mata Berharga Walaupun Berdepan Cabaran di Sachsenring

Hakim Danish Ramli terus mengutip mata berharga dalam saingan Moto3 apabila menamatkan GP Jerman di Litar Sachsenring di kedudukan ke-12

Dari Litar

Motul Jadi Penaja Rasmi Pasukan Honda Racing Malaysia bagi Musim 2026

Motul kini penaja rasmi bagi pasukan Honda Racing Malaysia untuk tahun 2026.

Dari Litar

Hakim Danish Terus Perkukuhkan Kedudukan di Moto3

Dengan kemenanhan di tempat ketujuh melonjakkan lagi kedudukan Hakim Danish di tangga keenam secara keseluruhan.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027: Lebih Agresif....Kawalan Lebih Cekap

Bagi penunggang yang mahukan sebuah naked bike berprestasi tinggi dengan elektronik lengkap dan pengendalian yang menyeronokkan, KTM 790 Duke baru ini mungkin antara pilihan terbaik. Tepuk dada tanya selera!