☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 11 Mei 2025

Indian Motorcycle Malaysia Tampilkan Barisan Model Baru di Malaysia Autoshow 2025

Jenama motosikal lagenda dari Amerika Syarikat, Indian Motorcycle kembali semula ke pasaran negara di bawah AFY Mobility Industries (AMI) menerusi anak syarikatnya Spirit Lake Motor sekaligus menjadi pengedar rasmi untuk jenama tersebut di Malaysia. AMI juga merupakan pengedar bagi jenema-jenama seperti Suzuki, MV Agusta, Kove, Fantic, MODA, AFAZ dan jenama basikal, Bottecchia

Bersempena dengan Malaysia Autoshow 2025 yang berlangsung bermula 9hb – 15hb Mei 2025 di MAEPS Serdang,Indian Motorcycle Malaysia juga tidak melepaskan peluang untuk mempertontonkan tiga model iaitu Scout Bobber, Scout dan Chieftain Dark Horse.

Model SCOUT BOBBER hadir dengan warna Sliver Quartz Smoke yang menggunakan enjin 1,133cc V-Twin dengan sistem penyejuk cecair. Jentera ini menampilkan kuasa tork 97Nm pada 5,600rpm bersama transmisi 6-kelajuan. Posisi tunggangannya juga cukup selesa dengan ketinggian pelana 649mm.

Kelengkapan lain seperti brek-brek cakera 298mm, fork jenis teleskopik, penyerap hentak berganda, berat 252kg (dengan isian penuh bahan api), tangki bahan api 12.5 liter dan sistem ekzos jenis Split Dual Exhaust dengan Crossover. Harga asas bermula RM89,900.

SCOUT pula didatangkan dalam warna Riot Orange Metallic yang dijana bersama enjin V-Twin yang berkapasti 1,133cc dengan penyejuk cecair. Sama seperti SCOUT BOBBER, model ini menghasilkan puncak kuasa tork 97Nm pada 5,600rpm.

Ciri-ciri lain seperti berat penuh 256kg, tangki 12.5 liter, tinggi pelana 649mm, kelegaan tanah 146mm, saspensi hadapan jenis fork teleskopik dan saspensi belakang menggunakan lengan ayun bersama penyerap hentak berganda. Model ini ditawarkan pada harga bermula RM98,000.

Bagi yang berminat dengan sebuah jentera bagger premium, CHIEFTAIN DARK HORSE merupakan model yang paling gah di MAS2025 dengan menampilkan enjin Thunderstroke 116 yang bersesaran 1890cc. Jentera ini menghasilkan kuasa tork yang padu iaitu 171Nm pada 3,000rpm.

Menarik lagi, model ini dilengkapi brek cakera berkembar 300mm di hadapan dan belakang menggunakan cakera tunggal 300mm. Berat motosikal ini adalah 373kg manakala tinggi pelana 650mm. Sementara itu bahan apinya boleh dimuatkan sehingga 20.8 liter. Model ini tampil dengan warna Black Smock dengan harga asas bermula RM227,000.

Menurut pihak AMI, operasi jenama ini sudah bermula dengan pembukaan bilik pameran yang lengkap bersama pusat servis di Jalan PJ222, Petaling Jaya, Selangor. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).