☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 19 Mei 2025

Harley-Davidson Fat Boy Gray Ghost: Lawa Lain Macam!

Harley-Davisdon Fat Boy Gray Ghost 2025 dihasilkan untuk memberi penghormatan kepada legasi Fat Boy yang mendefinisikan jiwa dan era peminat dunia motosikal. Model baru ini mewarisi gaya asli 1990 yang telah mendapat perhatian dunia suatu ketika dulu. Kini, ia 'diwujudkan' semula dengan lebih kuasa dan karaktor yang cukup padu...pastinya ia akan kembali mencipta sejarah.

Pada tahun 1988 dan 1989, Willie G. Davidson menunggang jentera prototaip awal Fat Boy ke Daytona, mencari maklum balas atau respon langsung daripada para pengunjung khususnya penunggang H-D dan rakan dua roda yang lain.

Idea kemunculan di Daytona itu cukup bernah dan berjaya mencetuskan generasi yang hebat. Menjelang 1990, Fat Boy dilahirkan, dengan pantas menjadi salah satu model paling 'lejen' dalam sejarah Harley-Davidson.

Kini, 35 tahun kemudian, Fat Boy Grey Ghost 2025 baharu dicaj ke hadapan, membawa semula warisan kegemilangan tersebut. H-D telah menyempurnakan model ini dengan enjin Milwaukee-Eight® 117 Custom (1923 cc) yang memberikan hantaran kuasa 101hp pada 4,800rpm dan tork  166Nm pada 3,000 rpm.

Kemewahan dan keanggunan H-D Fat Boy juga jelas ditampilkan menerusi rupabentuk luaran jenis 'krom' yang berkilat...bersinar...dan bernilai tinggi. Lampu-lampu LED dilengkapkan untuk model ini tampak gaya retro tetapi cerah dan cantik. Panel meternya pula menggabungkan paparan analog dan digital.

Selaku model tahun 2025, ia telah dipadankan dengan beberapa ciri-ciri moden seperti Mod Tunggangan (Sport, Road, dan Rain), Sistem Cornering ABS, Traction Control, Kawalan Memiring dan Drag Torque Slip Control.

Untuk memberikan keselesaan buat pemiliknya, Fat Boy ini telah dilengkapkan dengan fork hadapan 'Dual-Bending' teleskopik dengan pengapit aluminium, dipadankan dengan sistem saspensi belakang jenis tunggal. Ini bagi memastikan perjalanan bersama model 'lagenda' ini bukan sahaja menarik perhatian ramai tetapi juga selesa.

Tinggi pelana 675cc dan berat (sedia untuk bergerak) ialah 694mm, ia langsung tidak memberikan sebarang kesukaran untuk mengendalikannya pada bila-bila masa. Pastinya para peminat dua roda akan terpesona dengan 'design' sistem ekzos berlapisnya yang turut mengeluarkan 'suara' yang mantap!

Tayar hadapan bersaiz 160/60R18 70V manakala di belakang pula ialah 240/40R18 79V yang dikawalan oleh brek-brek jenis cakera beserta sistem ABS dan TC. Kita berharap agar pihak Didi Group akan memperkenalkan model istimewa ini ke pasaran negara kelak. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.