☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 6 Julai 2025

Model Retro Terbaru dari Suzuki: GSX-8T & GSX-8TT

Suzuki telah melancarkan dua model serba baru pada platform 800cc yang sebelum ini telah pun memenangi anugerah, kali ini dengan GSX-8T dan GSX-8TT. Model ini menggabungkan semangat jentera era retro dengan prestasi jentera generasi akan datang. 8T mengambil penggayaan daripada motosikal klasik tahun 1960-an dan 1970-an, seperti Suzuki T500 yang ikonik, manakala 8TT pula dibina berinspirasikan jentera perlumbaan berfairing pada zaman itu. Kalau anda ingat, ia seperti motosikal super legenda Yoshimura GS1000 AMA.

Asas untuk merekabentuk 8T dan 8TT adalah bagi menghasilkan dua jentera yang merangkumi semangat retro warisan Suzuki dan model ikonik dekad yang lalu. Dilukis oleh pereka di Itali dan diperhalusi lebih lanjut di Jepun. Kedua-dua model menggunakan tangki bahan api 16.5 liter baru, dikemaskan dengan warna 'silver' pada 8T dan hitam pada 8TT dan kemudiannya dihiasi dengan logo GSX8 bulat.

GSX-8TT.
GSX-8TT.
GSX-8TT.
GSX-8TT.

GSX-8T didatangkan dengan lampu depan berbentuk bulat baru dengan bahagian bawah diratakan sama seperti jentera tahun 70-an dan 80-an, tetapi kini sudah tentu menggunakan lampu dan jalu tengah jenis LED. Diinspirasikan oleh jentera perlumbaan jalan raya klasik, 8TT pula mengekalkan unit lampu yang sama seperti 8T tetapi dimantapkan dengan penggunakan fairing sama dengan GS1000S yang dipasarkan pada akhir 1970-an. Model 8TT jugaIa dilengkapi dengan skrin yang melengkapkan lagi rupa, serta memberikan manfaat fungsi perlindungan cuaca atau ketika memecut laju. Cermin sisi jenis 'bar-end' memastikan profil yang anggun dan rendah.

GSX-8T.
GSX-8T.

Kedua-dua model ini hadir dengan enjin parallel berkembar 776cc Suzuki yang fleksibel dan menyeronokkan.Prestasi dah karaktor enjin ini dipertingkatkan dengan rekabentuk aci engkol 270°, membantu kelancarannya untuk memecut. Kuasa maksimum adalah pada 81.77hp (82.9PS) pada 8,500rpm dan tork 78Nm pada 6,800rpm.

Bahagian hadapan tampak model dengan penggunaan panel meter jenis TFT berwarna moden sepenuh yang memaparkan semua maklumat yang diperlukan penunggang, termasuk tahap kelajuan, penunjuk kedudukan gear, serta tetapan sistem Traction Control (tiga tahap) yang dipilih. Terdapat juga mod kuasa terdiri daripada A, B atau C.

GSX-8T.
GSX-8T.
GSX-8TT.
GSX-8TT.

Membuat penukaran gear yang licin adalah sistem Quick Shifter yang dipadankan dengan sistem Suzuki Easy-Start dan Low RPM Assist Systems. Tidak lupa juga, kedua-dua model hadir dengan port pengecasan pantas USB Type-C.

Kita amat berharap agar kedua-dua model ini akan cepat dibawa masuk oleh pihak Suzuki Malaysia! Memang lawa...memang retro...memang padu! RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.