☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 3 Ogos 2025

KEEWAY XDV180 EVO Kini Di Malaysia - RM9,388

Perang skuter belum lagi tamat sebenarnya, kali ini giliran KEEWAY Malaysia pula melancarkan sebuah model skuter terbaru menerusi XDV180 EVO. Jenetra ini merupakan sebuah skuter gaya cross-over adventure yang menampilkan rekabentuk moden dan dilengkapi teknologi terkini.

Model ini dikuasakan dengan enjin 174cc, silinder tunggal dengan sistem penyejuk cecair. Dari segi prestasinya, XDV180 EVO menghasilkan kuasa maksimum 13.6kW (18.2hp) pada 8,500rpm dan tork sekitar 17.2Nm pada 6,500rpm. Sistem transmisi CVT dan pacuan akhir jenis tali sawat menjanjikan pengalaman tunggangan yang lancar dan bertenaga.

Penggunaan sistem suntikan bahan api jenis EFI menjadikan pembakaran petrol lebih efisien, sekali gus dapat menjimatkan penggunaan bahan api memandangkan tangkinya bersaiz 10 liter.

Berat skuter ini hanyalah sekitar 145kg manakala tinggi pelana 870mm tidak begitu tinggi mahupun terlalu rendah. Jarak kelegaan tanah sekitar 140mm menjadikan skuter ini boleh ditunggang di jalan raya atau layan offroad ringan. Menariknya lagi, sistem Traction Control (switchable) juga turut tersedia untuk penunggang.

KEEWAY XDV180 EVO disempurnakan fungsi DVR (Driving Video Recoder) dengan kad memori 32GB yang ada di bahagian depan jentera. Jentera ini juga didatangkan dengan paparan meter jenis TFT 7inci dan sistem kunci pintar.

Antara kemudahann lain seperti rak barangan di belakang yang boleh menampung kotak barangan bersaiz 45 liter. Kelengkapan lain yang ada adalah fork USD, penyerap hentak berkembar dengan sub-tank, ruangan bawah pelana, dua ruang compartment di depan, lampu-lampu LED, ABS dua saluran, tayar depan 110/80-14. tayar belakang 130/70-13 dan cermin penghadang angin boleh laras secara manual. 

KEEWAY XDV180 EVO ditawarkan pada harga asas bermula RM9,388 (tanpa cukai jalan & insurans) dengan tiga pilihan warna seperti Grey, black dan White. Para pembeli jenetra ini akan menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000km (yang mana tiba dahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.