☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 16 Ogos 2025

Aveta Ranger Max Explorer Versi Naik Taraf Diperkenalkan

Aveta Malaysia telah memperkenalkan versi naik taraf untuk model Ranger Max Explorer bagi tahun 2025 bagi memperkukuhkan lagi kedudukannya dalam segmen cub kembara di Malaysia.

Pertama kali Ranger Max Explorer diperkenalkan untuk pasaran negara iaitu pada tahun 2023. Model telah mendapat sambutan yang menggalakkan dikalangan pecinta dua roda. Untuk versi 2025 ini, terdapat pelbagai pembaharuan yang dibuat termasuklah pilihan warna baharu untuk varian standard serta edisi khas (SE).

SE
SE

Aveta Ranger Max Explorer 2025 menampilkan sistem brek cakera depan dan belakang serba baru bagi meningkatkan lagi tahap keselamatan. Rekabentuk fander hadapan dan belakang turut diperbaharui untuk menghalang percikan dari air lumpur.

Selain itu, panel bar hendal, grip dan bar-end balancer pun ditambahbaik. Manakala kerangka jenis T-bone berpaten kini lebih kukuh untuk mengekalkan kestabilan ketika menunggang di atas jalan mahupun laluan offroad.

Kelegaan tanah juga ditinggikan kepada 190mm (model sebelum ini 180mm) bagu memudahkan jentera bergerak di jalan offroad. Bahagian lain yang menerima kemaskini antaranya suspensi, sistem pendawaian, speedometer, kabel pendikit, swingarm, pemijak kaki dan tongkat utama. Pam vakum yang digunakan pada model sebelum ini telah digantikan dengan sistem bekalan api lebih efisien. Berat keseluruhan jentera ini kekal 115kg.

Varian standard hadir bersama warna Iron Grey pada harga asas RM6,988 (tanpa insurans & cukai jalan). Model ini hadir dengan rim jejari 18 inci di depan manakala belakang mengunakan rim 16 inci yang disaluti dengan tayar dual porpuse untuk tunggangan di jalan raya serta laluan lasak.

Standard
Standard

Untuk tunggangan di dalam bandar, Aveta Ranger Max Explorer Edisi Khas (SE) didatangkan dengan warnaStrom Blue pada harga asas RM7,188 (tanpa insurans & cukai jalan). Berbeza dengan varian standard, model ini menggunakan rim jenis sport dua tona yang bersaiz 17 inci bersama tayar tubeless.

Menariknya, untuk 25 pelanggan terawal akan menerima kotak barangan belakang 36 liter yang bernilai RM599. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.